Neelofa sumbang 15 katil berharga RM90ribu kepada Hospital Melaka

2,284 views

Semasa perintah kawalan pergerakkan ini nama usahawan dan selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa selalu terpampang di tajuk berita. Ianya berkaitan dengan pelanggaran SOP oleh Neelofa. Bukan sekali atau dua tetapi sudah banyak kali.

Namun ramai yang tak tahu, walaupun kekhilafan yang Neelofa lakukan, isteri kepada PU Riz ini tetap berbakti kepada masyarakat.

Dalam perkembangan terbaru, pelakon dan pengacara ini dikhabarkan telah memberi sumbangan sebanyak 15 buah katil elektronik kepada Hospital Melaka.

Katil-katil ini dikatakan untuk kegunaan pesakit Covid-19 di hospital berkenaan.

Hal ini disahkan oleh seorang petugas barisan hadapan di hospital berkenaan iaitu Dr Abdul Rahman Abdul Kadir.

Abdul Rahman merupakan seornag pegawai perubatan yang bertugas di jabatan kecemasan dan trauma Hospital Melaka.

Ada beberapa keping foto yang diupload olehnya yang menunjukkan katil baru sudah sampai untuk kegunaan pesakit.

Ini caption dari doktor ini: “Syukur alhamdulillah, ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Hajjah Neelofa di atas sumbangan katil elektronik untuk kegunaan para pesakit positif Covid di Hospital Melaka. Semoga Allah memberi ganjaran amal jariyah ini dengan pahala dan kebaikan di dunia serta di akhirat.

15 katil tersebut telah diletakkan di satu zon kuning di Hospital Melaka dan telah digunakan sepenuhnya serta-merta untuk merawat para pesakit.

Sebelum ini dikatakan Hospital Melaka kekurangan katil dan memohon agar dapat menerima tambahan 10 lagi katil untuk menampung jumlah patient yang ada di sana.

Sebuah katil dianggar berharga RM6000. Walaupun meminta 10 katil namun, Neelofa telah menderma sebanyak 15 buah katil untuk hospital berkenaan yang dianggarkan berjumlah RM90,000.

Neelofa dilihat turut menulis komen kembali mengatakan terima kasih kerana berinya peluang untuk memberi sumbangan.

Tahniah diucapkan kepada Neelofa di atas segala bakti yang ditaburkan kepada masyarakat.