“Vaksin atau tak, saya tak masuk set penggambaran” Lana Nodin dah jawab

5,475 views

Nama pelakon Lana Nodin kini menjadi sebutan apabila ada yang mengatakan penggambaran drama Kekasih Hati Mr Bodyguard akan disambung, namun pelakon berkenaan belum lagi mengambil suntikan vaksin.

Ramai yang tertanya, adakah Lana akan dibenarkan untuk kembali ke set penggambaran walau belum ada suntikan. Melalui laporan Kosmo, Lana Nodin akhirnya menjawab persoalan ini.

Katanya, buat masa sekarang, dia memang tak akan masuk ke set penggambaran kerana bakal mengikuti suaminya pulang ke negara asal, Amerika Syarikat.

Vaksin atau pun tak vaksin, saya tetap tak boleh nak berlakon sebabnya saya akan berlepas ke Amerika Syarikat pada hari Sabtu ini.

Pihak produksi drama kata nak sambung lagi sebanyak 13 episod untuk musim baru setelah mereka menerima kebenaran untuk beroperasi semula.

Akan tetapi, saya awal-awal lagi dah bagitau. Mereka pun sudah tanya dan bincang dengan saya tentang hal ini, dan saya memang tak dapat nak turut serta sebab akan ikut suami untuk balik ke negaranya.

Ini bukan kerana saya belum ambil vaksin. Saya memang terpaksa tolak tawaran berkenaan dan mereka pun tengah cari pelakon lain untuk ganti watak antagonis yang saya bawakan sebelum ini.

Tentang pertanyaa, adakah dia akan mengambil suntikan vaksin, ini jawapan dari Lana Nodin.

Saya ni bukannya tak nak ambil, namun, anak saya ada masalah kesihatan, dia sakit jantung sejak lahir. Saya pula masih lagi beri susu badan kepadanya sampai November nanti.

Surat pun dah ada dari doktor dan bukannya saya suka-suka tak mahu suntikkan vaksin. Nyawa anak saya lebih penting dan menjadi priority saya.”

Jelas Lana lagi, kemungkinan, dia akan mengambil suntikan vaksin di Amerika Syarikat.

Saya akan ambil di Amerika nanti bersama suami saya, mungkin pada awal tahun depan. Bukannya saya tak nak ambil langsung.

Benda nak masuk dalam badan saya oleh itu kenalah pastikan betul-betul. Adakah ianya selamat serta dah lepas ujian klinikal.

Saya ada sebab saya yang tersendiri mengapa tak ambil vaksin buat masa sekarang ini. Itu hak peribadi dan hak asasi saya, tak ada siapa yang boleh paksa.

Itulah penjelasan dari Lana Nodin tentang hal ini.