Dana untuk Amy dan Alex berjaya dikumpul, dari serata dunia menderma

4,983 views

Semua tahu tentang kes penahanan wanita yang cuba jadi comedian iaitu Amy atau nama penuh Siti Nuramirah Natasha yang didakwa di mahkamah.

Amy dan kekasih hati bernama Alex telah didakwa di mahkamah dan kedua mereka memerlukan wang sebanyak RM20ribu setiap orang untuk diikat jamin.

Kerana kesukaran dan kesempitan, mereka berdua memohon dana dari orang ramai untuk mengumpul wang sebanyak RM40 ribu.

Ini untuk melunaskan pembayaran wang ikat jamin mereka berdua. Hal ini disahkan sendiri oleh wakil yang juga peguam mereka bernama Sivaraj.

Peguam Amy dan Alex berkata, dia menerima panggilan dari serata pelusuk dunia yang mahu membantu pasangan berkenaan.

Dan selepas 4 hari pemohonan dana dibuat, Amy dan juga Alex dikatakan dah berjaya mengumpul dana sebanyak RM40ribu itu.

Dari laporan beberapa pihak media, Sivaraj memaklumkan Amy dan Alex dah berjaya mencapai sasaran untuk mengumpul wang pembayaran ikat jamin pada pagi Isnin.

“Penjamin kepada pasangan Siti Nuramira dan Alexander masing-masing akan datang ke mahkamah Kuala Lumpur dan juga mahkamah Petaling Jaya pada pukul 11 ​​pagi hari ini.”

Sivaraj tidak ketahui sama ada Amy dan Alex akan dibebaskan pada hari ini ataupun hari esok sebaik saja ikat jamin dibayar.

“Memang ramai yang memberi sumbangan dan ada juga pihak yang menawarkan untuk membayar yuran guaman yang diperlukan oleh Siti Nuramira Abdullah.” Itu kata Sivaraj lagi.

Untuk info, pada hari Jumaat lepas, Sivaraj berkata pihak hak asasi Lawyers for Liberty akan beri membantu Amy dan juga Alex untuk mendapatkan dana awam demi membayar ikat jamin sekaligus membebaskan mereka. Dana dikumpul menggunakan akaun bank pihak Lawyers for Liberty sendiri.

Itulah perkembangan terkini tentang kisah Amy dan Alex yang mula viral selepas Amy membuat persembahan di kelab komedi beberapa minggu lalu.