Bell Ngasri, 42 tahun, telah dijemput ke rancangan Melodi pada hari Ahad, semalam, sempena ABPBH.
Pelakon yang aktif sejak usia kanak-kanak ini ditemu ramah oleh dua host iaitu Ain Edruce dan Haziq, kerana namanya antara yang paling hangat diperkatakan untuk merangkul trofi Bintang Paling Popular pada tahun ini.
Ditanya tentang siapakah orang dibelakang yang sentiasa memberi sokongan sejak 37 tahun dalam industri, Bell Ngasri mengatakan antara yang paling utama ialah emaknya.
“Kalau nak cakap pasal support yang paling besar dah tentulah emak saya. Dia bawa anak beranak dia ke hulur ke hilir.”
“Masa umur 6 ke 7 tahun semua tu, mak saya angkut semua naik bas mini masa tu. Dengan Darling, dengan Anne, pergi penggambaran.”
Di sesi itu, pihak Melodi juga ada membuat kejutan buat Bell Ngasri apabila menjemput dua adik perempuannya iaitu Darling Ngasri dan juga Anne Ngasri.
Melihat adiknya masuk ke set, Bell pun terkejut dan tak sangka mereka akan turut serta bersama.
Darling Ngasri dan Anne masuk bersama dan Anne terus saja memeluk abangnya itu.
“Eh, Ya Allah, beramai ramai kat sini dah kenapa.” Kata Bell Ngasri dalam keadaan terkejut.
Ain Edruce pun berkata, “Kita buat reunion ni.”
Kemudian Anne Ngasri turut menyatakan dia pun dah lama tak jumpa abangnya itu.
“Kita pun rindu nak jumpa abang kita.” Luah Anne.
“Lama dah tak jumpa dia.” Kata Darling Ngasri.
Darling Ngasri mengatakan, semasa dia tahun Bell Ngasri tercalon, dia terus saja post di laman media miliknya.
“Sebenarnya saya orang pertama yang post, dia tulis kat group family, eh julung julung kali ni tercalon. I pun terus post kat media.”
“Tapi Bell kata, eh Darling, saya seganlah, boleh tak janganlah post. Tapi rentetan lepas tu terus saja macam sekarang ni. Menang kalah, bagi kami dia dah menang.”
Anne Ngasri pula mengatakan family memang tak ada plan apa pun.
“Kalau Anne, memang tak ada plan apa-apa. Bagi saya memang dia dah layak, sebab dia melambangkan ahli keluarga kami yang masih ada dalam industri.”
Bercakap tentang namanya yang meningkat naik di ABPBH kali ini, Bell Ngasri memang tak pernah menyangkanya.
“Memang saya tak pernah sangka ada fenomena begini. Saya bersyukur alhamdulillah. Dengan sokongan yang diberikan.”
“Saya pun ada risau juga jika ada perhatian macam ni, saya berdoa pada Tuhan, agar janganlah berubah diri saya ni.”
Bell Ngasri pun mengatakan, dirinya kini masih lagi memikirkan tentang kerja.
“Saya tak ada pikir pasal piala sangat, sebab dah biasa tak ada. Saya lebih fikir pasal job. Pikir lepas ni ada job ke tidak, lepas abis sesuatu job, pikir ada lagi tak ke lepas ni.”
“Kalau ada orang lain, yang rasa dah penat, apatah lagi dah lama dalam industri, mereka akan kata okey rileks sudah lah, tapi saya tidak.”
“Korang boleh panggil saya hari-hari untuk kerja tanpa cuti pun boleh.”
Hal ini turut diakui oleh Anne Ngasri, “Memang itu amat betul sangat. Saya kenal dia. Kitorang ni selalu kumpul adik beradik, tapi yang paling susah sekali nak ada, Bell ni. Dia kerja, sampai kita cakap kat dia cukuplah Bell, tolonglah cuti.”
Darling pula menambah, “Dia dah pun menang dari segi tanggungjawab, dari segi disiplin. Dia pun ada berlakon di bawah terbitan saya, dia memang selalu berikan yang paling baik dalam semua task.”
“Saya memang tak suka berlakon dengan abang, sebab dia ni terlalu detail.” Kata Anne Ngasri pula.
Kata Darling dan Anne Ngasri lagi, mereka mahu yang terbaik untuk abang mereka Bell Ngasri, dan berterima kasih kepada semua orang di luar sana yang sentiasa menyokong.