Dato A Aida menyesal lepaskan burung merpati di wedding anak

12,319 views

Penerbit Datuk A Aida dan bekas suami Ameng Spring telah selamat menerima menantu baru-baru ini setelah anak sulung mereka bernikah. 

Sempena pernikahan anak perempuannya, Datuk A Aida telah melepaskan sebanyak 50 ekor burung merpati di majlis yang berlangsung di resot miliknya, Tuah D Manggis. 

Pelepasan burung-burung merpati putih itu dibuat selepas selesai majlis pernikahan sebagai satu simbolik dah melepaskan anaknya. 

Namun hari ini, setelah beberapa hari pelepasan itu dibuat, Datuk A Aida ternyata menyesal membuat pelepasan burung merpati putih itu. 

Sebabnya, dek kerana burung-burung itu, kini resort miliknya habis dipenuhi najis burung. 

Kata A Aida, burung yang dilepaskan itu tak terbang jauh, dan hanya berlegar di kawasan resort miliknya itu saja. 

“Niat saya memang mahu bebaskan burung itu daripada terkurung, namun tak sangka pula bila dibebaskan dia tidak mahu terbang ke tempat lain.” 

“Sekarang ni habis resort saya penuh dengan tahi burung. Burung-burung itu duduk di atas bumbung rumah saya.” 

Jelasnya lagi, di awal rancangan, dia nak lepaskan 100 ekor burung, tetapi masa tu penjual hanya ada 50 ekor saja. 

“Pada mulanya saya nak seratus ekor untuk burung merpati, tetapi penjual tu kata dia ada 50 saja. Nasib baik juga sebenarnya.” 

“Saya tak dapat nak bayangkan jikalau ada seratus ekor yang tinggal di atas bumbung resort saya.” 

Sebagai solusi masalah najis buurng ini, A Aida dalam usaha menangkap semula burung merpati berkenaan, dan akan dilepaskan di kawasan lain. 

“Sekarang ini saya sedang mencari mana-mana pihak yang mahu tangkap burung itu, siapa tangkap, kira dia punyalah.” 

“Saya bukannya tak mahu bela sebab ada juga yang sarankan pada saya untuk bela agar jadi tarikan resort, namun saya tak boleh buat macam itu sebab tak ada siapa yang boleh nak bersihkan najis-najis burung berkenaan.” 

Itulah kenyataan Datuk A Aida yang ternyata sesali melepaskan burung merpati putih di resort miliknya.