Sejak kehilangan isteri iaitu arwah Siti Sarah ada kisah yang mual bertebaran bilakah agaknya Shuib akan move on dan dapat mencari pengganti.
Sebelum ini ada yang melaporkan bahawa Shuib sedang kenali hati budi seseorang, namun tidak diketahui siapakah gerangan orangnya.
Sehingga ada yang mula meneka dan antara nama yang naik ialah Siti Nordiana.
Menjawab persoalan yang sering diajukan sehingga ada yang mengenenkan dirinya dengan Shuib, Siti Nordiana akui rasa pening juga nak jawab kisah berkenaan.
“Peninglah.” Itu reaksi Siti Nordiana yang dilaporkan oleh Harian Metro.
Respon itu adalah reaksi Siti Nordiana apabila ada fan yang cuba nak satukan dirinya dengan Shuib apatah lagi selepas melihat Nana dan Shuib ada berduet menyanyi lagu dalam program Semakin Cinta Shuib baru-baru ini.
Namun bagi Nana, ini semua hanya usikan dari para peminatnya saja. bak kata orang gurau manja.
“Saya hanya anggap itu semua hanya usikan dan gurauan manja saja. Maybe peminat ni rasa suka dengan persembahan kami berdua. Oleh itu mereka mula nak kenenkan kami.”
“Selalu saja saya lalui hadapi situasi macam ni. Apatah lagi masing-masing belum berpunya dan masih single, oleh itu, akan selalu ada usikan sedemikian.”
“Ini merupakan rencah dalam dunia hiburan. Apapun, saya mahu ucap banyak terima kasih kepada semua sentiasa doakan saya.”
Tentang pemilihan Siti Nordiana untuk menyanyi lagu berjudul Bersamamu, nyanyian asal arwah Siti Sarah, kata Nana ini satu penghormatan buat dirinya.
“Terima kasih pada pihak Astro dan juga kepada Shuib di atas tawaran yan telah diberikan. Semasa saya diminta untuk bawa lagu Bersamamu, saya ikut saja. Memang lagu ini best. Setelah diberi peluang, ini merupakan penghormatan buat saya. Arwah Siti Sarah juga kawan saya. Oleh itu, dah tentu saya beri yang terbaik semasa buat persembahan berkenaan.”
Nana juga ada memuji bahawa nyanyian Shuib juga tak kurang hebatnya.
“Tak sangka juga yang Shuib nyanyi sedap. Persembahan kami dapat sambutan yang baik. Kalau ada lagi tawaran untuk bekerjasama selepas ini, saya memang okey.”