Dato Haji Ismail Kamus disahkan pergi buat selamanya

2,446 views

Ini satu berita yang mendukacitakan yang baru sahaja diterima. Dikhabarkan seorang ulamak yang dihormati ramai iaitu tuan guru Dato Ustaz Haji Ismail Bin Kamus telah disahkan meninggal dunia pada awal pagi hari ini bersamaan 15 Ramadhan, hari Jumaat.

Perkara ini disahkan oleh anak lelaki Ismail Kamus iaitu ustaz Mohd Firdaus Ismail. Ini kenyataannya.

Assalamualaikum semua. Saya dengan hati yang sangat sayu ingin memaklumkan bahawanya abah saya iaitu Dato Ustaz Haji Ismail Bin Kamus telah pergi buat selamanya, kembali kerahmatullah pada jam 12 setengah pagi pada tarikh 8 Mei 2020, bersamaan dengan 15 Ramadhan 1441 Hijrah.

Sementara itu, perkara ini turut disampaikan oleh pendakwah popular Pu Amin melalui laman Facebook miliknya. PU Amin menulis: “Sahih, tuan guru telah pergi buat selamanya meninggalkan kita semua. Doa untuknya

Perkhabaran ini membuat ramai yang sayu dan hiba dengan perginya seorang lagi permata ulamak yang amat dihormati di Malaysia ini.

Sebelum ini, Allahyarham Ismail Kamus telah dimasukkan ke IJN kerana ada masalah jantung. Namun kemudian telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur kerana dikatakan mempunyai masalah strok ringan dan juga jangkitan di bahagian paru-paru. Ismail Kamus kemudian telah menerima rawatan rapi di HKL dan dipantau di wad.

Dikhabarkan pada tahun lepas, Ismail Kamus pernah menjalani rawatan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara.

Tuan guru Dato Haji Ismail kini berumur 71 tahun dan allahyarham merupakan pengasas dan penasihat Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.

Selain itu, Dato Haji Ismail Kamus juga adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk wakil Gombak Setia dan pernah menjawat jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Dato Ismail Kamus. Sama-sama kita doakan, Al Fatihah.