“Saya benar takut” Syanie buat pembedahan buang uterus dan ovari

2,676 views

Pelakon Syanie telah dimasukkan ke pusat perubatan baru-baru ini dan wanita ini telah pun selamat buat satu operation untuk membuang rahim dan ovary. Kejadian ini berlaku pada tarikh 29 April iaitu pada hari Rabu minggu lepas.

Menyambut hari lahir yang ke 46 pada hari ini, Syanie bersyukur kepada Allah kerana selamat menjalani pembedahan berkenaan.

Tambahnya, dia dibedah selama tujuh jam dan kemudian diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pembedahan untuk proses recovery. Ini komen Syanie.

Hari ini hari lahir saya yang ke 46 tahun, rasa sungguh diberkati. Untuk pengetahuan, 29 April lepas, saya jalani sugery yang saya sendiri tidak pernah terfikir kerana ada masalah pada ovari dan uterus. Makanya saya kena buang ovary dan juga uterus saya.

“Operation ini pada mulanya hanya memerlukan tiga jam namun kerana factor diri saya, ianya selesai dalam tujuh jam dan kemudian saya masuk ICU.

“Dalam usia dan saiz saya sebegini, saya rasa takut dengan sebarang kemungkinan yang boleh terjadi. Walau saya pernah buat pembedahan, tapi kali ini ianya amat lain, rasa takut.

“Fikiran saya semasa itu amat berkecamuk dan seringkali terfikir hal yang terburuk boleh terjadi”

Pekajon ini kemudian meluahkan rasa syukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong dirinya dan menjadi nadi kekuatan dirinya untuk hadapi dugaan berkenaan.

Antaranya ialah adiknya yang selalu beri ingatan padanya supaya Syanie kena berfikiran positif dan jangan fikir yang bukan-bukan.

Syanie juga sayu apabila teringat akan ungakap dari ibunya yang menyatakan bahawa duit boleh cari akan tetapi anak tak dapat dicari.

“Satunya membuat saya sayu bila ibu cakap yang ibu boleh cari duit namun ibu tak akan ada anak perempuan macam saya, oleh itu, ibu mahu saya jangan bersedih dan sentiasa ingat Allah”

Sementara itu, Syanie juga sempat membuat ucapan jutaan terima kasih kepada orang ramai termasuk adik beradik, ipar duainya serta para doctor yang dilabelnya sebagai hero.