Dato ND Lala tinggalkan majlis, tidak bergambar bersama keluarga dan pengantin

5,328 views

Semalam telah berlangsung masjlis pernikahan antara pasangan Shila Amzah dan juga Ubai. 

Majlis berlangsung di Boathouse, Ampang dan dihadiri ahli keluarga serta sahabat handai. 

Majlis disempurnakan dengan akad nikah dari bapa kandung Shila Amzah iaitu Dato ND Lala. 

Sekitar jam 10 setengah pagi, ND Lala telah menikahkan sendiri Ubai dengan Shila Amzah. 

Melalui laporan beberapa portal seperti Mstar dan juga Berita Harian, sebaik saja selesai akad nikah, Dato ND Lala sudah tidak lagi kelihatan. 

Dikatakan ND Lala telah pun meninggalkan majlis perkahwinan anaknya itu. 

Hal ini disahkan sendiri oleh salah seorang petugas di majlis berkenaan.  

Ketiadaan Dato ND Lala mula disedari apabila pengacara majlis meminta bapa pengantin perempuan dan lelaki naik ke pelamin untuk bergambar kenang-kenangan bersama pengantin baru. 

Dipersilakan encik Amir Hamzah (ND Lala) dan juga encik Zulkifly (ayah Ubai) untuk mengambil gambar bersama pengantin.” Kata pengacara majlis.

Namun hanya bapa kepada Ubai yang naik ke pelamin untuk bergambar di temani oleh penolong pendaftar perkahwinan. 

ND Lala juga tidak menyertai sesi fotografi keluarga bersama pengantin. 

Hanya ibu Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman atau Mama Zie saja yang naik ke pelamin ditemani oleh anak-anaknya. 

Dari laporan media, kemungkinan ND Lala ada urusannya sendiri dan juga mahu mengelak dari temubual oleh pihak media yang turut ada di majlis berkenaan.  

Ternyata tindakan ND Lala yang telah meninggalkan majlis pernikahan anak perempuannya iaitu Shila Amzah menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi dari orang ramai yang mengingatkan hubungan keluarga mereka telah pun pulih. 

Sebelum ini ND Lala telah hadir di majlis pertunangan Shila Amzah dan turut bergambar bersama keluarga. 

Kata Shila sebelum ini bapanya hadir ke majlis pertunangannya atas dasar tanggungjawab dan ikatan kekeluargaan. 

Shila juga enggan memberi kenyataan lanjut tentang hubungan ibu bapanya, penyanyi ini tak mahu ambil tahu tentang isu peribadi ibu bapanya. 

Ibu Shila Amzah, Fauziah juga tak mahu mengulas lanjut kepada pihak media. 

Apapun, yang penting majlis pernikahan Shila Amzah dan Ubai berlangsung dengan lancar, selamat pengantin baru diucapkan.