Sekitar Majlis Pernikahan Shila Amzah dan Ubai

4,640 views

5 hari bulan 8, itulah tarikh bersejarah buat pasangan Shila Amzah, 32 tahun, dan juga Ubai, 25 tahun. 

Mereka berdua telah memilih tarikh 5/8/2023 untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri. 

Majlis pernikahan Shila Amzah dan juga Ubai ini telah dipertontonkan kepada para peminat menerusi satu sesi live melalui laman Youtube milik Shila Amzah. 

Ini sekitar majlis perkahwinan antara Shila dan juga Ubai. 

Ini beberapa keping foto sekitar majlis pernikahan Ubai dan juga Shila Amzah.

Majlis dimulakan dengan kehadiran pengantin lelaki, Ubai, kemudian disusuli dengan kehadiran Shila Amzah. 

Kedua dua mereka tampil dengan pakaian pengantin berwarna putih. 

Bacaan doa telah dilafazkan oleh pempengaruh terkenal, Abdul Qawiy. 

Kemudian majlis diteruskan ke acara ijab kabul, akad nikah oleh tok kadi. 

Hanya dengan sekali lafaz, sekitar jam 10 setengah, dengan Ubai telah dinikahkan oleh bapa kandung Shila Amzah iaitu Datuk ND Lala. 

Mas kahwin yang diberikan kepada pihak pengantin perempuan ialah sebanyak RM20 ribu.

Majlis ini diadakan secara tertutup hanya di hadiri ahli keluarga dan teman rapat saja. 

Turut kelihatan ialah rakan artis termasuklah Zara Zya, Jihan Muse, Farah Fauzana, Marsha Milan, Amelia, dan juga Syada Amzah, yang juga adik Shila. 

Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru Shila Amzah dan juga Ubai.