Aziz M Osman bercerai dengan isteri, Puteri Lily

6,820 views

Ini satu berita yang baru diterima tentang kisah rumah tangga pengarah terkenal Aziz M Osman, 60 tahun. 

Menerusi laporan dari Berita Harian, bahtera perkahwinan yang dibina oleh Aziz M Osman dan juga Puteri Lily Lokman akhirnya telah musnah. 

13 tahun melayari bahtera, akhirnya ikatan di antara mereka berdua terlerai jua. 

Ianay disahkan sendiri oleh Puteri Lily Lokman menerusi satu posting di laman Instagram miliknya hari ini.  

Puteri Lily berkata, dia mendedahkan hal berkenaan agar tidak timbul cerita atau pun fitnah tentang dirinya yang bukan lagi isteri kepada Aziz. 

 “Kepada semua ahli keluarga dan juga rakan-rakan, sejak akhir ini, ramai yang bertanya tentang status hubungan saya dan juga Aziz.”   

“Untuk mengelakkan sebarang fitnah di masa hadapan, saya dengan rasa rendah diri ingin menyampaikan berita bahawa secara rasminya, saya dan Aziz sudah pun berpisah.” 

 “Saya dan Aziz telah berpisah dengan cara baik pada awal bulan lalu dan ini bukan disebabkan orang ketiga.” 

“Telah pun ditakdirkan jodoh kami hanya sampai di sini saja, namun kami masih mempunyai hubungan yang baik untuk anak-anak.” 

“Minta semua untuk mendoakan untuk saya dan juga anak-anak agar kami kuat dari segi emosi dan juga mental.” 

“Doakan juga agar urusan kami akan dipermudahkan saya akan cuba sedaya upaya.” 

Untuk info, Puteri Lily Lokan dan Aziz M Osman bernikah pada tarikh 6 Jun 2010. 

Sepanjang 13 tahun berkahwin, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Nur Azzahra, 11 tahun, dan Putera Muhamad Aryan yang kini berumur 5tahun. 

Salam takziah buat Aziz M Osman dan juga Puteri Lily Lokman, semoga kebahagiaan akan datang buat anda berdua kelak.