Michael Ang release lagu, ini komen Fizz Fairuz, DS Vida dan Sharnaaz Ahmad

9,654 views

Pengarah Michael Ang kini telah melebarkan sayapkan dan telah bergelar penyanyi dengan mengeluarkan lagu sendiri, lagu single berjudul Cinta Atau Propa.

Muzik video lagu dengan irama pop itu baru saja di release di laman YouTube Indigital Music.

Tak sampai 24 jam lagu ini dimuatnaik, pelbagai reaksi diterima terutama dari rakan artis.

Antara yang memberi komen ialah pelakon Dato Fizz Fairuz. Ini komennya.

“Yang ini apa pula hal nya. Kecik besar kecik besar je aku tengok. Nak mengata lebih-lebih, nanti tak dipanggil berlakon pula. Tapi dia memang tak panggil pun.”

“Nak masuk Gegar Vaganza juga dah ke. Terus terang saja, berilah peluang kat orang lain menyanyi pula.”

Aktor yang bersuara lantang iaitu Sharnaaz Ahmad juga tampil menulis komen mengeani lagu pertama nyanyian Michael Ang ini.

“Lama dah aku tak rasa geram namun kali ini, benda ini memang aku naik darah dengan Michael Ang. Kepada yang nak mengata silakan, nak suka pun silakan komen. Korang jangan risau, dia ni memang ada kebolehan tahan maki dan boleh memaki kembali.”

Seorang lagi public figure yang memberi komen ialah jutawan, Dato Seri Vida, yang sebelum ini popular menerusi lagu I Am Me.

“Tiba-tiba dia nak jadi penyanyi pula, semua benda dia nak caras. Jadi director cukuplah Michale dah ada duit banyak. Berilah peluang kepada orang lain nak mencari makan.”

Sementara itu, tuan punya suara, iaiatu Michael Ang berkata, dia bersedia menerima sebarang komen sama ada yang memuji atau yang sebaliknya.

“Salam semua. Akhirnya dah keluar pun lagu Cinta Atau Propa dari saya, Michael Ang. Boleh tengok di youtube di Indigital Music. Cepat kalian semua boleh pergi tengok dan komen kat video tersebut. Kalau tak puas hati ke, ada yang nak mengata ke, boleh tulis komen kat situ. Nanti aku balas kat sana.”

Kalau dilihat, banyak juga komen yang memuji lagu ini sebab ianya agak catchy. Selain itu ada juga melabel Michael Ang sebagai Aliff Syukri yang kedua.

Lagu Cinta dan Propa nyanyian Michael Ang ini merupakan ciptaan oleh Killa Driz.