A Aida terima 16 bunga misteri, jadi rebutan jejaka

2,534 views

Producer drama, Datuk A Aida buat pendedahan ada terima sebanyak 16 jambak bunga dari seorang pengirim yang tidak diketahui siapa, bersempena hari jadinya yang ke 50 pada tarikh 20 April lalu. Nampaknya Datuk Aida dah ada secret admirer.

Aida memberitahu, sejak hari jadinya itu sampai ke hari ini dia telah dapat kiriman bunga hampir setiap hari.

Malahan Aida ada berkongsi video menunjukkan beberapa jambak bunga yang di kirim oleh individu misteri itu. Ini komennya di laman IG: “Siapa yang hantar bunga ni ye, cantik gubahannya. Tidak tau siapa yang hantar tapi terima kasih lah pada pengirim misteri. Ini yang buat hati saya cair ni. Siapakah agaknya gerangan yang hantar”.

Menerusi laporan Harian Metro, Aida ada mengatakan kebanyakkan bunga yang diterima adalah bunga hidup dan jenis mawar.

“Syukur alhamdulillah, saya nak ucap terima kasih kepada yang hantar kek, hadiah dan bunga. Namun, kali ni memang saya pelik sikit kerana dapat banyak bunga tanpa nama pengirim. Ini mungkin pengirim misteri. Dari 30 jambak bunga yang diterima, 16 bunga itu tak ada nama.

“Dari antara bunga itu, 80 peratus merupakan bunga mawar. Selain daripada itu ada juga bunga jenis tulip dan bunga jenis daisy. Memang pening nak fikir siapa yang kirim. Sebenarnya sampai sekarang tidak tahu siapa yang hantar bunga itu”.

Berbicara lebih lanjut, penerbit ini memberitahu mungkin pengirim bunga itu adalah antara merek ayang sebelum ada meluahkan hasrat nak berkenalan dengannya setelah kembali solo. Antara yang mahu kenali Aida adalah seorang jejaka berbadan sasa, Ini cerita Aida lebih lanjut.

“Sebenarnya hati saya ini memang mudah cair jika lelaki tu berbadan sado. Oleh itu, mungkin penghantar bunga itu mesti sado semuanya. Syukurlah saya masih jadi rebutan. Kerana tulah kita kena jaga diri serta penampilan. Biarlah kalah si anak dara”.

Aida merupakan antara penerbit yang berjaya di tanah air ketika ini yang mana banyak drama terbitannya ditayangkan di kaca televisyen.

Tentang kisah peribadinya, Aida yang kini dah menjengah umur 50 tahun, pernah berkahwin sebanyak 4 kali sebelum ini namun semuanya berakhir dengan perpisahan. Antara suaminya ialah penyanyi popular Ameng, pegawai polis dan juga pelakon baru Ariff Aziz.