Datuk Adi Putra dibayar amat mahal dalam filem Mat Kilau

7,388 views

Lakonan Datuk Adi Putra dalam filem Mat Kilau memang dilabel sebagai amat terbaik dan begitu menusuk kalbu.

Dapat menjiwai watak dengan begitu cemerlang, rata-rata memuji lakonan pelakon berumur 41 tahun ini. Memang sesuai diangkat sebagai Mat Kilau.

Sesuai dengan lakonannya itu, Adi Putra akui dia menerima tawaran pendapatan yang agak tinggi untuk membawa watak Mat Kilau.

Bagi Adi Putra, bayaran yang diterima memang setimpal dengan kerjanya dalam filem yang diarahkan oleh Syamsul Yusof itu.

“Yes memang betullah, terima bayaran yang bagus. Ini kerana watak serta lakonan dalam filem ini memerlukan kudrat yang banyak dan segalanya.”

“Namun begitu, bukanlah bajet boleh dijadikan sebagai satu ukuran jika nak menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Tetapi sudah tentu dan semestinya kalau nak hasilkan benda baik, ianya memang memerlukan peruntukan yang lebih. Ini boleh dapat satu kualiti yang lebih mantap serta padu.”

Datuk Adi Putra bagaimana pun tak mahu mendedahkan pendapatan yang diterimanya untuk filem ini.

“Tentang berapa jumlahnya yang diterima, tak apalah, biar Tuhan saja yang tahu.”

Tentang pendapat para penonton yang mahu sambungan untuk filem ini, Datuk Adi Putra turut berasa amat teruja.

“Kalaulah ada, syukur alhamdulillah. Saya serahkan kepada pihak penerbit. Saya ini hanyalah salah seorang pelakon saja. Kita sama-sama doakan kalaulah benar ada sekuel.”

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof ini menjadi fenomena dan bakal memecahkan rekod sebagai filem paling laku sepanjang zaman. Sehingga kini, kutipan sudang menghampiri sebanyak 50juta ringgit.

Selain Datuk Adi Putra, filem Mat Kilau membariskan pelakon bermutu yang amat hebat seperti Fattah Amin, Beto, Johan Asari, Datuk Jalaludin Hassan, Yayan Ruhian dan ramai lagi.