Sharifah Sakinah tampil dengan gaya rambut botak

4,980 views

Pelakon terkenal Sharifah Sakinah memang antaar selebriti paling mendapat perhatian di industry seni tanah air.

Dengan perangainya yang diketahui seorang yang happy go lucky, pelbagai ragam dan telatah yang ditimbulkan oleh pelakon ini sehingga menjadi bualan orang ramai.

Kali ini, pelakon ini sekali lagi menjadi topic hangat di malam ini, setelah tampil dengan imej baru.

Pelakon berumur 33 tahun ini, dilihat tampil dengan fesyen rambutnya yang dipotong nipis, boleh dikatakan botak.

Adik kepada Sharifah Shahirah ini ada muatnaik gambar terkininya itu di laman Instagram miliknya malam Selasa, sekitar jam 9 malam.

Caption yang ditulis ialah: “And the Oscar goes to GI Jane.” Ianya ada kaitan dengan watak Gi Jane yang tampil dengan imej rambuat pendek dan hampir botak.

Jika dilihat di foto terbarunya, mungkin laras atau level yang digunakan untuk memotong rambut ini menggunakan level pendek satu atau dua.

Dilihat diruangan komen, ramai rakan artis yang menulis komen terkesima melihat fesyen terkini dari Sharifah Sakinah itu.

Antara yang memberi komen ialah pelakon Hun Haqeem, Janna Nick, Hafreez Adam, dan Alicia Amin.

“Wow style betul, memang nice.” Itu antara yang ditulis di ruangan komen.

Janna Nick menulis komen yang memuji Sharifah Sakinah sebagai kacak. “Aku tak boleh nak move on, memang kacak.”

Banyak juga komen dari para peminat yang memuji keberanian pelakon in tampil dengan imej berambut nipis itu.

Kalau diikutkan, tidak pasti mengapa Sharifah Sakinah tampil dengan imej sedemikian, adakah untuk berkerja, ataupun hanya sebagai fesyen terkini, tidak dapat dipastikan puncanya.

Kita tunggu saja, jikalau Sharifah Sakinah akan ada memberi kenyataan tentang imej barunya itu kelak.