Sebelum ini memang ada satu luahan hati yang memperlihatkan penyampai radio, Fizi Ali naik angin dikatakan kepada bekas isterinya iaitu pelakon Shakilla Khoriri.
Namun luahan hati berkenaan telah dilabel sebagai meroyan oleh sesetengah pihak kepada Fizi Ali.
Akhirnya, kini melalui laporan Berita Harian, Fizi Ali tampil menjelaskan memang ada sebab mengapa dia buat sedemikian.
Akui kesabaran semakin tipis, Fizi Ali sedaya upaya tak mahu menceritakan kisah rumah tangganya dengan bekas isteri.
“Tahap kesabaran saya memang telah diuji. Saya ni manusia biasa juga. Ramai yang beranggapan saya ni meroyan seorang diri.”
“Ada juga sampai terkejut lihat saya tiba-tiba naik angin. Secara jujur, saya cakap, saya bukan nak meroyan tanpa ada sebab. Selama ini pun pernahkah saya naik angin.”
“Saya takkan ada pun nak ganggu hidup orang lain jikalau hidup saya tak diganggu. Apa yang berlaku bagaikan nak menjolok sarang tebuan.”
“Dan yang jadi isunya ialah bekas isteri kacau pula sarang saya. Memang pelik mengapa dia buat saya sampai macam ini. Lagi tak masuk akal, suruh wartawan tanya mengapa saya ni suka meroyan.”
Dari laporan Berita Harian itu juga, dikhabarkan Shakilla ada tulis komen di IG, tetapi dah delete. Fizi kemudian akui memang ada komen dan telah dipadam.
“Tidakkan terfikir mengapa saya nak naik hantu sebegitu. Shakilla tahu apa yang dilakukannya. Mengapa dah tulis komen, kemudiannya padam semula. Mungkin nak nampak saya ni tak baik dan mahu saya dipersalahkan seratus peratus.”
Tentang hubungannya dengan Shakilla Khoriri, Fizi Ali menjelaskan mereka hanya berhubung tentang anak saja.
“Kami berhubung hanya tanya giliran menjaga anak. Berbual tentang soal lain memang tak ada. Tetapi hal ini bukannya ada isu pun. Kami tak ada jadual nak ambil giliran anak secara spesifik. Ada masa saya dengan Ameena dan sebaliknya. Kami ni tetap ibu bapa kepada Ameena.”
Kini Fizi Ali meneruskan kehidupan seperti biasa, dan fokus dengan kerjanya sebagai penyampai radio Suria.