Datuk Aishah sah cerai talak satu, menerusi mesej Whatsapp

5,188 views

Akhirnya status hubungan perkahwinan antara penyanyi, Datuk Aishah dan suami telah terungkai.

Setelah tidak tinggal bersama selama beberapa bulan, Aishah mengesahkannya dirinya telah pun berpisah secara rasmi dengan bekas suaminya.

Perpisahan mereka berlaku pada hujung tahun 2021. Datuk Aishah mengatakan, suami melafazkan talak satu menerusi satu pesanan Whatsapp pada tarikh 25 Disember 2021.

Penyanyi berumur 57 tahun ini terus mengalirkan air mata tetkala membaca mesej berkenaan.

“Semuanya telah selesai setelah saya diceraikan dengan talak satu menerusi satu pesanan atau mesej pada tarikh 25 Disember lepas.”

“Tipulah jika tak sedih, sudah tentu sedih. Bohong, kalau saya langsung tak sedih dengan pengakhiran perkahwinan ini. Saya ni bukannya sebuah robot.”

“Saya terus mengalirkan air mata sebaik saja membaca mesej yang dikirimkan oleh bekas suami pada saya.”

“Akan tetapi, saya tetap akur dengan ketentuan takdir yang tertulis. Walau yang terjadi, hidup kenalah saya teruskan juga.”

Walaupun sudah tiada suami di sisi, ianya tidak sukar kerana Datuk Aishah mempunyai sumber kekuatan iaitu dua orang anaknya, Armand dan juga Azhad.

“Ini bukan hal yang baru buat saya. Saya pernah lalui perkara yang sama sebelum ini. Masa itu, anak-anak pula masih kecil.”

“Ingat lagi masa tu, terbayang-bayang ketika saya mengangkut anak untuk bekerja sebab tak ada siapa yang menjaga mereka.”

“Kini, semua anak-anak dah besar, dan dewasa. Anak pula jadi tempat saya bergantung harap. hidup saya untuk anak-anak.”

menjadi tempat untuk saya bergantung harap. Hidup saya kini hanyalah untuk anak-anak,” luah penyanyi bervokal mantap ini.

Sejak bulan November 2021, Aishah dan bekas suami telah tinggal berasingan. Mereka baru saja berkahwin selama lima tahun.

Datuk Aishah tidak mahu berbicara tentang punca atau mengapa rumah tangganya dengan bekas suami bergolak.