“Terima kasih maduku..” Zarina Zainuddin terima gelang berlian dari madunya

6,131 views

Pelakon Zarina Zainuddin, 51 tahun, telah memuatnaik satu ucapan terima kasih khas buat madunya iaitu Datin Seri Noorhasimah.

Ini kerana madunya itu telah memberi hadia berupa gelang tangan berlian yang amat mewah kepada Zarina.

Zarina telah upload foto hadiah berkenaan yang diberi oleh madunya di laman media sosial baru-baru ini.

Jelas Zarina, sebenarnya Datin Seri Noorhasimah dah beri hadiah berkenaan dua tahun lepas ketika sambutan hari jadinya.

Namun baru sekarang dia teringin nak memakainya. Bukannya tak mahu pakai, tetapi Zarina terlalu sayang, sebab tak nak potong gelang berkenaan.

Atas saranan suaminya, Datuk Seri Abdul Raihan, barulah Zarina memotong gelang berkenaan, dan kemudian turut membuat satu cincin. Ini ucapan dari Zarina Zainuddin.

“Terima kasih buat maduku iaitu Datin Sri Noorhasimah yang telah memberi hadiah berupa set berlian kepada saya. Sebenarnya gelang ni dah lama saya terima. Ianya semasa hadiah birthday saya 2 tahun lalu.”

“Saya memang sayang nak potong gelang ni. Sebab tu saya simpan, tapi suami saya kata tak baik simpan lama-lama, kakak, iaitu madu saya dah bagi tu, lebih baik pakailah.”

“Gelang tu saya dah potong dan yang selebihnya saya buat cincin. Memang saya ni bukan jenis suka pakai jewelry.  Agak rimas sikit dan tangan saya dah berkedut, kulit pula gelap nak pakai pun saya rasa segan. Tapi semalam saya dah pakai sebab ada event.”

“Terima kasih Datin Seri, barang mahal jadi takut saya nak pakai. Madu saya kulit cantik putih melepak, pakai barang kemas macam ni nampak manis. Tapi saya ni pakai nampak syok sendiri pula.”

Dalam pada itu, ada hashtag yang mencuit hati diguna pakai oleh Zarina Zainuddin iaitu: “Kau ada madu bagi berlian.”

Suka tengok hubungan yang baik antara Zarina Zainuddin dan madunya Datin Seri Noorhasimah, semoga terus bahagia hendaknya.