“Fuh Wan Sharmila, tapi tak masuk dalam senarai, saya ni tak handsome” Shuib

4,671 views

Kisah Shuib yang sedang mengenali hati budi seseorang seringkali jadi topik buat para warganet di luar sana. Memang ramai yang mahu mengetahui siapakah wanita berkenaan.

Sebelum ini memang ada beberapa nama yang telah pun dikaitkan dengan Shuib dan ini termasuklah pelakon cantik Wan Sharmila, adik Datin Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi dan beberapa lagi individu.

Namun Shuib mengatakan semua yang disebut itu bukanlah individu berkenaan

Semuanya gara-gara satu video yang dimuatnaik oleh akaun yang dijaga oleh admin IG Sarah Raisuddin. Ditanya tentang wanita yang dipanggil aunty oleh anaknya, Talita, Shuib sendiri tak mengenalinya.

“Saya tak tahu perempuan tu siapa. Kadang-kadang ada orang teka, kau dengan siapa sekarang ni, nampak macam hati berbunga-bunga.”

“Sekarang ni saya berkawan tu ada tapi bukannya serius mana pun. Berkawan tu memang saya ada.”

Ditanya siapakah yang mengendalikan akaun Ig Siti Sarah, ini jawapan dari Shuib.

“Untuk Instagram Siti Sarah, saya dah serahkan kepada admin company. Satu platform yang bagus untuk business dia juga.”

“Saya tak tahu, saya rasa mungkin admin yang letak video, nak ada engagement sedikit di IG arwah Siti Sarah.”

“Memang pelik juga tentang aunty tu, wanita tu bukan mcam tu.” Kata Shuib.

Akhirnya, Shuib bercerita sedikit tentang wanita yang sedang dia kenali itu.

Melalui satu laporan melodi, Shuib mengatakan wanita yang dia sedang kenali ini merupakan orang biasa saja. Buat masa sekarang, anak-anak masih lagi belum mengenali wanita berkenaan.

 “Kalau yang saya boleh bagitahu, wanita yang sedang dikenali ini dia perempuan, dan orang biasa saja. Buat masa sekarang parents saya tak tahu, anak-anak pun tak kenali dia lagi.”

“Saya ni memang susah sikit nak suka dengan orang. Jujurnya saya masih lagi mengenang arwah Siti Sarah setiap hari.”

Ditanya tentang Wan Sharmila, Shuib agak terkejut.

“Fuh Wan Sharmila, itu tak termasuk dalam senarai saya untuk di acu-acukan, saya ni tahu siapa diri saya. Tak handsome dan biasa-biasa saja.”

Tentang keadaan keluarga dan diri, Shuib kata semuanya okey saja.

“Semua baik, Ayash Affan membesar dengan cukup baik, barui lepas checkup, berat dah lapan kilo dah, semangat.”

“Kesihatan saya juga syukur semakin baik, Cuma makan masih belum lagi lalu. Semenjak tak ada orang nak masakkan saya makan.”