Neelofa tak tahan, sampai menitis air mata tengok helaian rambut Rasulullah

916 views

Pelakon, pengacara dan ahli perniagaan Neelofa diketahui antara selebriti yang telah berhijrah sepenuhnya. 

Setelah berkahwin dengan Pu Riz, Neelofa yang kini berumur 33 tahun, tidak lagi memandang kebelakang dan meneruskan perubahan ketara yang dipilihnya. 

Memilih ke jalan yang diredhai, Neelofa sering saja hadir ke majlis ilmu dan acara-acara yang melibatkan keagamaan. 

Sudah tentu, tujuan hidupnya kini untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. 

Baru-baru ini ada satu pameran yang mana ada memperlihatkan helaian rambut dimiliki oleh Nabu Muhhamd SAW. 

Pameran ini diadakan di Persada Johor International Convention Centre, dan Neelofa telah hadir ke event berkenaan untuk melihat sendiri helaian rambut tersebut. 

Menerusi satu video, Neelofa dilihat telah melihat dengan penuh sebak dan beberapa kali mengesat air matanya yang telah mengalir. 

Ternyata Neelofa terusk hati sepanjang melihati pameran berkenaan dan dia dapat merasakan bagaikan begitu dekat dengan nabi yang dicintai umat muslim dan muslimah. 

Ini luahan perasaan Neelofa. 

“Memang terus meremang bulu roma dan rasa ibarat begitu hampir dan dekat dengan Nabi tercinta. Selain dari rambut, ada juga cebisan jubah dan capal.” 

“Saat melihat helaian rambut tersebut, Allah SWT beri rasa seolah-olah berada dekat dengan Nabi Muhammad SAW. Wahai tuhanku, bantulah kami ini untuk terus mendapat kemanisan mencintai Rasulullah.” 

Luahan dari Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang juga tersentuh hati. 

Ramai juga mengatakanNeelofa seorang yang amat bertuah kerana dapat melihat sendiri peninggal nabi terakhir di muka Bumi ini. 

Selain helaian rambut, pameran itu turut menunjukkan beberapa artifak lain seperti kain jubah dan juga capal yang pernah digunakan nabi. 

Semoga Neelofa terus istiqamah dalam perubahan yang dijalaninya ketika ini.