Datuk Yusof Haslam tak ada masa nak cari Kazar, Datin pula tak nak mengaku besan

6,486 views

Datuk Yusof Haslam dan isterinya Datin Patimah Ismail dilihat ada memberi beberapa komen tentang besannya iaitu keluarga Ira Kazar, isteri kedua Syamsul Yusof. 

Menerusi laporan dari portal mstar, Datuk Yusof Haslam menegaskan dia tak perlu pun nak berhubung dengan pelakon Kazar iaitu bapa Ira, tentang isu yang sedang berlaku itu. 

Yusof yang sebelum ini ada mengalirkan air mata, ada menambah, dia tak mahu masuk campur urusan Syamsul. 

“Saya tak ada langsung telefon dia iaitu Kazar, atau dia pun tiada hubungi saya. Tak ada fasal lah untuk saya nak cari dia.” 

“Itu semua masalah mereka, saya tak mahu masuk campur dah.” 

Tentang luahan hati isterinya yang tak memaafkan Kazar dan keluarga kerana membantu Syamsul berkahwin di luar negara, Yusof turut tak nak memberi pandangan. 

“Minta maaf, tentang komen dari Datin tu, saya pun tidak mahu ikut campur kerana itu hak dia, sebagai ibu.” 

Dalam pada itu, ketika portal hiburan berkenaan muatnaik paparan tentang Yusof Haslam dan Kazar, Datin Patimah dilihat ada memberi komen yang agak keras juga. 

Bagi Datin Patimah, dia berpandangan Kazar bukanlah besannya sebalik hanya keluarga Puteri Sarah Liyana ialah besannya.   

“Besan kami En. Megat Kamaruddin iaitu bapa Puteri Sarah, bukannya dia.” Itu yang ditulis oleh Datin Patimah. 

Melihat komen dari Datin Patimah itu, ramai warga maya memujinya sebagai seorang ibu mertua yang amat baik dan amat sayang dengan Puteri Sarah. 

Ramai yang mengatakan bahawa betapa untungnya Puteri Sarah untuk mendapat ibu dan bapa mertua sebaik Datuk Yusof Haslam dan juga Datin Patimah. 

“Memang nampak sangat bahawa Puteri Sarah ni amat disayangi oleh ibu dan bapa mertuanya, mesti dia ni menantu yang amat baik.” 

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari Kazar tentang perkahwinan anaknya sebagai isteri kedua Syamsul Yusof.