“Di rumah saya langsung tak ada gula” ~Zaidi Omar

1,230 views

Pelakon veteran, Zaidi Omar kiin dah masuk ke usia 64 tahun. Sehingga kini, beliau amat bersyukur masih lagi dikurniakan kesihatan yang amat sihat. 

Jelas Zaidi Omar, antara amalan yang dibuat ialah dia langusng tak ambil gula dalam makanan dan juga minumannya. 

Malahan, Zaidi Omar memilih untuk mengambil air kosong saja sebagai minuman. 

Tak hairanlah di usia ketika ini, Zaidi Omar masih lagi kuat dan sihat orangnya. Ternyata dengan menjaga pemakanan terutama mengelakkan benda manis yang diamalkan, menjadi faktor utama. 

Melalui laporan Utusan, Zaidi Omar akui, di rumahnay memang langsung tak ada gula pasir. 

“Di rumah saya ni memang tidak ada langsung gula. Kalau pergi ke mana-mana event atau pun majlis, saya tak akan minum airmanis, sebaliknya saya hanya minum air kosong saja.” 

“Selain itu, saya juga amat menjaga pemakanan saya. Tak pernah pun nak tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh saja. Itupun, kadangkala saya tak boleh nak habis.” 

Selain bab makan dan minum, Zaidi Omar juga amalkan gaya hidup yang amat sihat. 

“Jika tak ada penggambaran drama, saya selalunya akan tidur awal. Dalam jam 10 malam saya dah ada di atas katil. Memang amat jarang keluar bertemu rakan sampai lewat malam.” 

Zaidi Omar juga seringkali bersenam dan aktif terutama di waktu pagi. 

Sememang amalam serta cara yang diguna pakai oleh Zaidi Omar ini amat bagus untuk jadi ikutan semua lapisan umur dalam masyarakat kita ini. 

Tentang kerjayanya, Zaidi Omar masih lagi aktif dalam dunia lakonan dan yang paling baru akan tampil dalam naskah arahan Ogy Ahmad Daud membawa watak sebagai seorang atuk.