“Masa tahu, memang terkejut” Atilia Haron akui tak pernah bertemu Gerry Hughes

3,031 views

Penyanyi Salamiah Hassan selamat bernikah dengan suaminya bernama Gerry Hughes, seorang jejaka berasal dari England yang kini telah menetap di Australia. 

Perkahwinan antara Salamiah, 71 tahun, dan Gerry Hughes, 68 tahun, disaksikan sendiri anak Salamiah Hassan yang juga penyanyi iaitu Atilia Haron. 

Berkata tentang pernikahan ibunya, Atilia Haron mendedahkan bahawa sebelum ini dia tak pernah berjumpa dengan jejaka bernama Gerry Hughes itu. 

“Syukur mama dah selamat bernikah. Perasaan saya bercampur baur, walau ada gembira, saya juga ada sedih kerana mama saya akan pindah ke Australia, tinggal bersama Gerry.” 

“Apatah lagi arwah bapa saya pula baru meninggal dunia, sebulan yang lalu. Saya ni memang rapat dengan mama, mana pergi kami sentiasa bersama.” 

“Apapun, saya tetap amat gembira untuk mama. Selama ini, mama hidup berdikari sendiri dan saya tak sangka dia akan kahwin lagi.” 

“Memang sebelum ini mama ada kata dia tak akan kahwin sebab gembira hidup sendiri dapat berjalan dengan rakan. Namun, saya percaya Gerry Hughes akan boleh memberi kebahagiaan pada mama.” 

Atilia mendedahkan, hubungan antara ibunya dengan Gerry Hughes kembali bertaut setelah berhubungan ketika PKP. 

“Mama dan Hughes dah lama kawan, 15 tahun lamanya. Secara jujurnya, saya dan adik tak tahu pun kisah percintaan antara mereka. Ingatkan, mereka hanya kawan saja.” 

“Semasa PKP tahun lepas, mereka contact secara online. Mama ada pergi melawat cousin saya di Australia dan mama juga ada berjumpa Hughes.” 

“Ketika itulah Gerry Hughes ada melamar dan mama terbuka hati sebab dapat rasa Gerry Hughes merupakan lelaki yang tepat.” 

Atilia berkata, dia masih belum berjumpa dengan Gerry Hughes dan akan terbang ke Australia tak lama lagi untuk bertemu dengan bapa tirinya itu. 

“Memang saya tak pernah jumpa Gerry Hughes. Saya dah memohon visa tapi telah ditolak kerana saya terlupa nak sertakan salinan pasport.” 

“Lepas ada beberapa persembahan nanti, saya dah pun merancang, saya akan pergi ke sana.” 

Bercerita tentang ibunya nak kahwin, Atilia akui dia dan adik mulanya memang terkejut. 

“Saya dan adik memang terkejut apabila mama panggil kami, masa tu kira-kira tiga bulan lepas. Kami ingat mama sakit sebab dulukan ama pernah ada kanser.” 

“Rupa mama nak cakap dia nak berkahwin. Lepas tu, baru kami buat video call dengan Gerry Hughes dan beliau terus minta izin dengan kami.” 

“Bagi saya, Gerry Hughes ni seorang jejaka yang amat baik. Walau belum jumpa, dapat rasa dia memang ikhlas orangnya. Dia pun ada cakap, amat cintai mama.” 

Itulah kenyataan dari Atilia Haron.