“Dia dah koyaklah” Shila Amzah dedah ibu terasa dengan kenyataan ‘lantaklah mereka’

7,512 views

Baru-baru ini, Shila Amzah ada memberi sedikit komen tentang kisah perpisahan ibu bapanya ND Lala dan Fauziah Sarman. 

Antara ayat yang digunakan oleh Shila Amzah ialah lantaklah mereka nak buat apa. 

Ayat itu menjadi topik bualan di media sosial, dan ibunya Fauziah Sarman ada terbaca tentang kenyataan dari anaknya itu. 

Shila Amzah kemudian mendedahkan ibunya itu telah terasa hati dan menganggap respon dari Shila tentang perceraian ibu bapanya itu agak kasar bunyinya. 

Lantas, Shila Amzah sekali lagi tampil menerangkan kenapa dia menggunakan ayat lantaklah itu. 

“Mak saya pun dah tersilaplah, dia dah pergi baca artikel tu. Lepas tu dia baca pula komen dari orang ramai, dan dia pun terus koyak.” 

“Ibu saya rasakan yang saya cakap kasar sangat, tentang isu mak saya berpisah dengan ayah saya.” 

“Tapi masalahnya, sebagai anak yang sulung, koranglah yang paling nampak apa yang berlaku dalam kehidupan keluarga tu.” 

“Untuk mereka berpisah, saya ni bukanlah happy, saya masih juga bersedih.” 

“Tetapi apabila saya guna perkataan lantaklah mereka tu, sebab ornag pun asyik tanya pada saya, macam mana dengan keadaan mak saya.” 

“Punca saya guna perkataan lantak tu, sebab sejujurnya, kita memang dah penat. Sampailah kini dorang dah capai kata sepakat untuk berpisah.” 

“Sebagai anak dah tentu saya bersedih, tapi dah bersedia dengan keadaan itu, menghadapi apa jua kemungkinan.” 

Shila juga mengatakan dia pun datang dari keluarga yang bermasalah, jadi dah tentu penat dengan keadaan itu. 

“Tanya semua anak-anak yang lahir dari broken family, kita semua pun dah penat.” 

“Jadi kita pun dah berdamai dengan ketentuan Illahi. Sebab itu saya guna perkataan lantak tu. Maksudnya terpulanglah pada mereka.” 

“Akhirnya, anak-anak ni tak ada tanggungjawab pun tentang perkahwinan ibu bapa mereka.” 

Shila Amzah berkata dia pun tak sangka kena jelaskan mengapa dia menggunakan perkataan lantaklah itu.