“Dia ni putih gebu” Inspektor Sheila jawab pelawaan Ahmad Iqbal

13,702 views

Kini semakin terkenal pula Inspektor Sheila sekarang ni. Terpalit dengan beberapa isu sehingga naik ke mahkamah, semua dah kenal Inspektor Sheila. 

Pegawai polis ini ada muatnaik satu status yang mana dia sedang mencari teman hati kerana dirinya kini masih lagi bujang. 

Meihat status berkenaan, ahli perniagaan, Ahmad Iqbal telah menunjukkan minat dan mahu mencuba nasib. 

Secara terbuka Ahmad Iqbal akui dirinya terpikat dengan perwatakkan Inspektor Sheila. 

“Saya suka wanita yang garang, lagi garang lagi saya suka. Saya percaya dirinya tu masih ada sisi manjanya.” 

Itu antara kata-kata dari Iqbal tentang niatnya untuk berkenalan dengan Inspektor Sheila. 

Pihak media kemudian ada bertanya kepada Sheila tentang niat Ahmad Iqbal itu, dan ini respon dari wanita ini. 

“Saya tengah layan laman media sosial, kemudian ada ternampak berita yang mana Iqbal ada kata nak melamar saya sebagai kekasih.” 

“Mulanya saya tengok, siapa Iqbal ni, dah lah kulit dia tu putih gebu, melepak. Aku ni India, kau paham ke.” 

“Dah la karaktero saya ni seorang yang ganas, tegas. Kau sanggup ke, are you sure.” 

Inspektor Sheila akui, Ahmad Iqbal seorang yang tampan dan memang nampak bagaikan seorang selebriti. 

“Dia memang nampak macam seorang artis, dia good looking.” 

“Saya sebenarnya memang tak kenal dia sangat, tak pasti  dia artis atau tidak tetapi ada terbaca sebelum ini tentang kisah dia dengan Vida.” 

Inspektor Sheila juga tertanya sama ada pelawaan Iqbal itu hanyalah gurauan semata dan beranggapan kemungkinan Iqbal hanya mahu publisiti, dan sampai sekarang belum ada DM dari Iqbal kepada dirinya.

“Apakah motif dia nak berkenalan tu. Mungkin dia hanya nak publisiti saja kot.” 

“Sehingga kini saya tak ada pun terima mesej secara DM dari dia.” 

Itulah kisahnya antara Iqbal dan juga Inspektor Sheila. 

Nampaknya Ahmad Iqbal ni belum lagi mesej Inspektor Sheila, kalau serius kenalah mesej betul-betul, barulah jadi.