Ali Puteh dedah isteri terima pelbagai ugutan, cemuhan “Kau kangkang sini”

4,231 views

Ahli kumpulan Puteh iaitu mendedahkan kisah keluarganya setelah terpalit dengan pelbagai isu terutama melibatkan kes dirinya setelah pemergian abang tersayang arwah Abam Bocey. 

Ali Puteh menceritakan dia menerima pelbagai komen yang kurang baik dari warga maya ke atas dirinya termasuhlah kepada ahli keluarganya. 

Katanya, isterinya pernah menerima komen yang agak keterlaluan dari orang yang tak dikenalinya. 

“Yang paling teruk kena diugut isteri sayalah. Saya sebut di sini boleh. Orang tu kata, ini isteri Ali Puteh kah. Engkau datang sini, engkau kangkang depan kita, naik main kau ramai-ramai. Baru engkau tahu nikmat atas meja.” 

Ternyata Ali Puteh terkesan dengan kata-kata sedemikian yang diberikan kepada isterinya. 

“Tak tahulah kalau ustaz tetapi saya ni sebagai seorang suami, rasa macam tak tahu nak cakap apa, sampai ke tahap macam tu sekali kena.” 

“Sungguhpun ada marah, janganlah sampai cakap benda macam tu. Isteri orang tu. Bayangkan jika ahli keluarga kita sendiri kena macam tu, sakit hati tak.” 

Ali Puteh menceritakan hal berkenaan kepada penceramah bebas, PU Rahmat dan PU Amin dalam satu bual bicara, dalam satu podcast. 

@langkastudio Sampai macam ni sekali UGUTAN yang keluarga Ali Puteh dapat. Allahu.. #minmatpodcast #langkastudio #aliputeh #purahmat #puamin #podcastmalaysia ♬ Epic Orchestra

Bukan itu saja, Ali mendakwa pelbagai lagi komen serta mesej dan kata-kata yang dilemparkan kepada isterinya. 

Tidak cakap kosong, Ali Puteh juga menunjukkan beberapa lagi mesej serta komen yang diberikan kepada panel di podcast itu iaitu PU Rahmat dan juga PU Amin. 

Kedua panel iaitu PU Amin dan PU Rahmat berkata itu sememangnya ujian buat Ali Puteh. 

Untuk info, kisah Ali Puteh mula diperkatakan orang ramai, setelah terlibat dengan beberapa isu dengan balu kepada arwah Abam iaitu Hidayah, terutamanya melibatkan kes faraid dan juga berbalas kenyataan.