Dia tahu punca saya keluar rumah, dan jadi dingin, ini kenyataan Puteri Sarah

3,918 views

Pelakon Puteri Sarah turut akui bahawa kini dia sudah dua bulan tak tinggal sebumbung dengan suaminya, Syamsul Yusof.

Jelas pelakon berumur 35 tahun ini, ada punca kenapa dia bertindak sedemikian. Dan hal ini tak akan berlaku jika isu yang paling ditakuti dalam sesuatu perkahwinan tidak berlaku. Ramai tertanya, apakah isu yang dimaksudkan itu?

Namun begitu, Puteri Sarah masih belum sedia dan tak mahu untuk bercerita lanjut tentang isu yang menjadi punca berkenaan.

Melalui laporan dari harian metro, Puteri Sarah menyatakan, suaminya tahu punca dia keluar dari rumah.

“Dia (Syamsul Yusof) tahu sebab apa saya keluar dari rumah dan dia juga tahu sebab apa saya jadi dingin dengannya. Bila adanya cerita macam ini, saya percaya ada pihak lain yang suka dengannya”.

“Dalam isu ini, saya tak mahu dilabel menjadi punca terhadap apa yang berlaku. Sudah tentulah, sebagai seorang lelaki, seorang suami dan juga ketua rumah tangga, dia (Syamsul) perlu pikul tanggungjawab di atas kesemuanya. Itulah yang saya harapkan”.

Bercerita tentang luahannya yang ada muatnaik kisah tentang curang di laman IG tak lama dulu, Puteri Sarah tak mahu ulas lanjut dan mengatakan jika ada persoalan tentang orang ketiga, kenalah Tanya Syamsul Yusof sendiri.

“Saya tak nak ulas lanjut tentang perkara ini, namun cukuplah untuk saya beritahu memang ada masalah yang berlaku dalam perkahwinan kami berdua. Soalan berkenaan (tentang oeang ketiga) kenalah tanya pada dia sendiri”.

Tentang statusnya, Puteri Sarah memberitahu, sebenarnya dia masih lagi sayangkan perkahwinannya apatah lagi sudah dibina selama enam tahun.

“Tak ada orang yang nak masalah dan perpisahan dalm perkahwinan. Saya tetap berdiri di belakangnya dan sayang dia kerana dia adalah syurga saya”.

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bernikah pada tahun 2014 dan mempunya dua orang anak.