Siti Sarah rakam Shuib menyapu, netizen kata pakai vacuum lagi elok

3,079 views

Hidup sebagai suami isteri ini kenalah saling bantu membantu. Suami bantu isteri dan isteri juga turut bantu suami, barulah perkahwinan akan sentiasa kekal bahagia.

Jika dapat suami ringan tulang yang rajin nak bantu isteri buat kerja rumah, ianya memang satu kelebihan yang jadi idaman setiap isteri. Itulah yang berlaku kepada penyanyi Siti Sarah.

Di laman media sosial miliknya, Siti Sarah ada muatnaik satu video menunjukkan suami tercinta, Shuib Sepahtu sedang menyapu sampah.

Video berdurasi seminit lebih itu menunjukkan Shuib menyapu sesuatu yang bersepah di dalam rumah dengan penyapu sambuil dipuji oleh Siti sarah.

Ini katanya di dalam video itu: “Alamak, suami insulin (dengan nada gurau). Alahai bagusnya. Meringankan beban isteri, pandainya”.

Siti Sarah ada menulis caption walaupun Shuib nak tolong tapi macam caranya salah sikit: “Tengok cara seperti nak bantu isteri, tapi tengok cara dia sapu tu nampak macam nak susahkan isteri lagi ada la Shuib ni. Siapa lagi dapat suami macam ni? Nampak dah niat suami tu nak bantu tapi cara tu kan macam”.

Video berkenaan menerima komen yang pelbagai dari para followernya. Ada yang setuju dengan Sarah, cara sapu itu sedikit salah. Dan ada yang beri pandangan lebih mudah kalau guna penyedut vacuum, lebih cepat dan senang.

Ini antara komennya: “Rajinnya suami, tapi kalau saya amik vacuum sedut saja dah settle”.

Tapi kan muka macam tak redha je kena menyapu tu” Tulis netizen yang lain.

Apapun, sikap Shuib membantu dan menyapu tu memang patutlah menerima pujian. Bagus betul suami membantu isteri, walaupun dalam sibuk bekerja tu.

Shuib Sepahtu kini sedang berjaya dengan perniagaan Bubble Bee miliknya selain sibuk sebagai penyampai radio Hot Fm dan juga berlakon dalam sitcom komedi Sepahtu Reunion.