“Ramai wanita tampil nak jadi madu, suami pun setuju” Ezlynn

3,785 views

Ramai yang tahu tentang kisah penyanyi popular iaitu Ezlynn, yang ada buat satu kenyataan mahu memberi hadiah kepada suaminya, Wan Hafizam.

Bukan biasa-biasa hadiahnya, kerana Ezlynn mahu mencari isteri baru kepada Wan Hafizam, dan mahu suaminya berkahwin empat.

Menerusi satu laporan Harian metro, Ezlynn sempat beri perekmbangan terkini atau update terkini tentang perkara ini.

Jelas penyanyi ini, dia memang dapat banyak mesej melalui Instagram dari beberapa orang wanita setelah buat kenyataan mahu mencari madu, atau mencari isteri baru buat suaminya itu.

Tambah Ezlynn, memang ramai yang tawar diri nak jadi madu kepadanya dan ianya satu perkara yang positif. Ini kenyataan dari tuan punya badan.

“Buat masa sekarang ini, saya tak bolehlah nak bercerita secara lebih lanjut lagi, akan tetapi memang tak boleh nak dinafikan ramai yang DM melalui platform Instagram milik saya.”

“Saya akan beri peluang kepada orang lain, kepada mereka yang berminat lagi. Sampai bila saya terus buka tu, saya pun tak pasti lagi, namun mungkin sampai saya jumpa yang betul-betul sesuai.”

Tentang suamninya, Ezlynn berkata Wan Hafizam pun sama-sama setuju.

“Suami saya pun memang bersetuju dengan keputusan ini sebab ia satu langkah yang terbaik.”

Ezlynn atau nama sebenarnyanya Azline Ariffin sebelum ini menjadi buah mulut ornag ramai setelah memberitahu kepada orang ramai bahawa dia mencari wanita yang mahu hidup bermadu dengannya, dan berhasrat mahu melihat suaminya berkahwin empat, cukupkan kuota.

Hasrat berkenaan mahu dibuat Ezlynn kerana dia ingin saham untuk alam akhirat dan mahu memberi kebahagiaan kepada Wan Hafizam. Ezlynn juga berkata hal ini tidak ada salahnya.

Ezlynn dan Wan Hafizam berkahwin pada bulan September yang lepas. Wan Hafizam merupakan penderma hati pertama di Malaysia.