Dia terlalu muda, Zizan tak ada perasaan pada Hawa Rizwana

4,174 views

Nama Zizan Razak acapkali dikaitkan dengan kisah percintaan dengan gadis yang cantik dan jelita. Ramai bekas kekasih Zizan ni memang bukan caang-calang orang, cun melecun semuanya.

Kali ini, yang terkini, pelawak berumur 36 tahun ini dikatakan sedang hangat bermain cinta dengan gadis jelita bernama Hawa Rizwana, 25 tahun.

Hawa merupakan pembaca berita dan pengacara rancangan Wanita Hari Ini dan sebelum ini pernah viral kerana miliki wajah iras Neelofa.

Menjawab isu ini, akhirnya Zizan razak tampil menerangkan bahwa dia tak ada perasaan sebagai pasangan kekasih sebalik nya hanya menganggap Hawa umpana adiknya sahaja.

“Sebenarnya tidak pasti mengapa ada gosip bersama Hawa. Saya anggap dia macam adik saja, tak lebih pun dari hubunganitu.

“Saya tidak ada perasaan kepada dia, Bagi saya Hawa seorang anak yg teramatlah baik, dan sangat konsisten dengan kerjanya. Kalau naik basikal cara dia kayuh pun menampakkan dia seorang yang fokus dengan benda yang dia sedang lakukan”.

Sering berbasikal bersama, jelas Zizan, kisah cakap antara mereka ini dikhuatiri boleh jejaskan nama baik mereka berdua di masa depan, terutama melibatkan kerjaya mereka.

Malah, kalau bukan berkaitan hal bersukan, mereka tak ada contact pun.

“Saya memang sentiasa sokong dia, tapi bila ada orang gosip kaitkan kami, saya agak risau terutama melibatkan kerja kami. Kalau ikutkan, Kalau tak ada hal berkaitan mengayuh, kami tak ada berhubung.

“Bila ada spekulasi ia boleh mendatangkan perkara tak berapa baik. Saya kena cerita ni agar orang paham yang kami hanyalah umpana seorang abang dan juga adik saja”.

Ditanya tentang ada peminat dan juga orang lain yang mahu mereka bersatu sebagai pasangan kekasih, bagi Zizan, Hawa ni terlalu muda.

“Bila ada orang cuba padankan dengan Hawa, bagi saya, rasa macam kelakar kerana dia terlalu muda. Saya nak dia dapat kerja dengan baik. Tak mahulah dia ada gossip”.

Itulah kenyataan dari Zizan Razak tentang isu berkaitan Hawa Rizwana.