Diana Danielle ada hak halang Farid Kamil masuk rumah, sebab Diana yang bayar sewa

6,341 views

Diana Danielle, 31 tahun, dah buat permohonan untuk berpisah dengan Farid Kamil, 42 tahun, pada bulan ini. 

Antara sebab yang dinyatakan ialah kerana telah berlaku perbalahan yang berpanjangan antara mereka atau dikenali dengan terma shiqaq. 

Malahan mereka berdua juga dikatakan sudah tidak lagi tinggal di bawah satu bumbung yang sama ketika ini. 

Kemudian timbul laporan yang mengatakan Diana Danielle telah bertindak tidak memberi keizinan kepada Farid Kamil untuk memasuk rumahnya. 

Peguam yang mewakili Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin telah mengesahkan hal ini. 

Tetapi ada sebab mengapa Diana Danielle berbuat sedemikian. 

Peguam juga menyatakan bahawa Diana Danielle ada hak menghalang suaminya iaitu Farid Kamil untuk masuk ke rumah mereka itu kerana pelakon wanita itu yang membayar sewanya.  

“Rumah itu disewa oleh anak guam kami iaitu Diana Danielle, oleh itu dia ada hak untuk membenarkan sesiapa masuk atau tidak ke dalam rumah berkenaan.”  

“Hubungan di antara mereka berdua juga memang sudah tidak baik, kerana itulah anak guam saya ke mahkamah dan telah memfailkan permohonan untuk berpisah.” 

Peguam kepada Diana Danielle ini memberi jawapan berkenaan setelah timbul dakwaan dan persoalan sama ada Farid Kamil dihalang dari pulang ke rumah dan berjumpa dengan anak-anak mereka.  

Pasangan ini kini akan melalui proses berbincang yang dipanggil JKP melalui wakil masing-masing. 

Diana Danielle difahamkan telah melantik rakan rapatnya sebagai wakil manakala buat masa sekarang Farid Kamil masih belum memberi sebarang nama untuk mewakilinya. 

Kes permohonan ini akan disebut semula pada 28 Mac ini.  

Farid Kamil dan Diana Danielle telah bernikah pada 3 November 2021 dan mempunyai dua orang anak yang comel-comel belaka.