Farid Kamil akui masih sayangkan Diana Danielle, dihalang pulang ke rumah?

5,345 views

Perkahwinan pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle ketika ini sedang diuji. Bahtera yang sedang belayar nampaknya sedang dalam pergolakkan setelah Diana Danielle menfailkan tuntutan untuk berpisah. 

Farid Kamil bagaimanapun dilihat enggan melepaskan Diana Danielle. 

Menerusi satu kenyataan, Farid Kamil akui masih menyanyi isterinya itu dan tekad untuk menyelesaikan serta mencari jalan berdamai. 

Ini komen dari Farid Kamil.  

“Saya mahu menyelamatkan keluarga saya ini menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah akan beri petunjuk serta hidayah.”  

“Dah tentu, saya masih sayangkan Diana serta dua anak kami iaitu Muhammad dan Aurora.” 

Bercerita lebih lanjut, Farid meminta pihak media bertanya sendiri kepada Diana apa yang berlaku.  

“Sebenarnya, bagi saya, tiada apapun yang terjadi. Sebagai sseorang uami, saya tiada sebarang masalah.”  

“Boleh bertanyalah sendiri kepada Diana, apa masalah dia.” 

Walaupun sedang diduga, Farid Kamil kini fokus dengan kerjanya sedang jalani penggambaran.  

“Sekarang ni, saya sedang sibuk berada di set penggambaran. Syukur sangat, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah.” 

Sementara itu, ada juga laporan mengatakan pasangan ini sudah tidak tinggal bersama lagi. 

Namun dikhbarkan, Diana Danielle yang tak benarkan Farid Kamil untuk masuk ke rumah mereka. 

Dari sumber juga, Farid Kamil juga tak dapat berjumpa dengan anak-anaknya.  

Hal ini disahkan oleh peguam kepada Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir. 

Jelasnya, Farid Kamil tidak dapat memasuki kediamannya sejak awal bulan ini, akan tetapi tidak mendedahkan alasan mengapa dihalang  sedemikian. 

Ketika ini, kedua pihak akan melalui proses berbincang melalui Jawatankuasa Pendamai JKP.   

“Melalui prose JKP, wakil yang dilantik nanti akan berbincang untuk cari jalan penyelesaian, sebelum hasil perbincangan dikemukakan kepada pihak mahkamah.”  

“Jika JKP tak dapat cari jalan penyelesaian dan didapati berlaku shiqaq, mahkamah akan melantik hakam yang akan memberikan kata putus bagi menyelesaikan kemelut perkahwinan kedua pihak.” 

Kes Farid Kamil dan Diana Danielle ini akan disebut semula pada hujung bulan Mac ini.