Farid Kamil hanya jumpa anak sulung, tak dibenarkan jumpa Aurora, sebab insiden petik cili

5,584 views

Pelakon Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle kini sedang bergolak bahtera perkahwinan mereka. 

Kes pasangan ini sedang dalam proses perbincangan setelah Diana Danielle mahu menuntut perpisahan. 

Namun yang menjadi perhatian ialah apabila dimaklumkan bahawa Farid Kamil dilarang untuk masuk ke rumah dan juga dah lama tak berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Che Mad dan juga Aurora. 

Setelah berita ini tersebar, Farid Kamil mengakui bahawa sudah hampir sebulan tak berjumpa dengan anak-anaknya. 

DAPAT JUMPA CHE MAD

Kini kerinduan kepada anak sudah pun terubat apabila akhirnya Farid Kamil diberi kebenaran berjumpa dengan anak sulungnya iaitu Che Mad. 

Pada hari Jumaat, Farid Kamil muatnaik beberapa video bersama anaknya itu. Antaranya video sedang bersolat dan menunjukkan tempatnya berlakon. 

Farid Kamil juga membawa Che Mad ke lokasi penggambarannya yang terbaru iaitu gelanggang badminton. 

Dari laporan, Farid Kamil telah datang ke rumahnya untuk mengambil barang persendirian. 

Farid Kamil ada cuba bertemu dengan anak-anak namun tidak dapat bertemu Aurora, hanya Che Mad saja. 

TAK JUMPA AURORA, SEBAB INSIDEN MEMETIK CILI

Menurut laporan Melodi, Farid berkata dia tak dapat bertemu Aurora kerana Diana berkata anaknya itu masih lagi trauma. 

Jelas Farid Kamil, isterinya itu harus jelaskan insiden yang dikatakan membuatkan Aurora trauma itu.   

“Saya ada dapat surat dari peguam pihak sana yang mengatakan saya tak dibenarkan jumpa anak di rumah. Saya cuma dapat jumpa Muhammad manakala Aurora masih lagi tak bersedia untuk berjumpa sebab dikatakan masih trauma dengan insiden memetik cili.” 

“Apa yang dimaksudkan ialah satu insiden memetik cili dan Diana Danielle kena jelaskan secara terperinci pada saya dan semua orang.” 

“Jangan nak mengheret benda kecil macam memetik cili ke mahkamah sebab ianya hanya akan mengambil masa dan kos yang sangat banyak.” 

Ini pendedahan dari Farid Kamil tentang insiden memetik cili. 

“Saya ada cakap pada Aurora yang awak dah buat kerja salah, masuk rumah orang, ambil barang orang itu dianggap mencuri. Janganlah buat perkara macam ini.”  

“Lepas tu saya tanya siapa yang ajar, dia kata tak ada sesiapa yang ajar. Saya pun denda dia dan tanya Aurora nak dirotan atau pun kena berdiri di dinding.” 

“Aurora memilih untuk pergi ke dinding dan semasa enjalani denda tersebut, Diana sampai dan dia tidak puas hati dengan denda yang saya jalankan.” 

“Cukup kesengsaraan yang saya alami sejak dari tahun 2017. Patut tahun 2023 merupakan tahun untuk mulakan hidup bersama.” 

Farid Kamil juga akui berasa terhina kerana diperlakukan sedemikian rupa.

Apalah salah saya sampai dibuat begini, saya rasa terhina sangat diperlakukan sebegini.”

Apapun, Farid Kamil berkata dia bersyukur dapat berjumpa anaknya walaupun hanya seorang saja.  

“Syukur akhirnya dapat juga jumpa anak saya walaupun seorang saja. Saya ikut arahan peguam yang memberi kebenaran kepada saya untuk datang ambil anak-anak dan barang keperluan di rumah kelamin.” 

“Apapun, dah tertera di surat yang terangkan bahawa saya boleh masuk dan ambil anak-anak. Saya masih tertanya-tanya kenapa tidak dapat berjumpa mereka, sudah tentu saya berasa sedikit kecewa.” 

Dari surat Diana itu, isterinya itu hanya beri kebenaran untuk Farid Kamil jumpa Che Mad saja.