Didakwa miliki barang terlarang, Tauke Jambu merayu diberi jaminan lebih rendah

4,112 views

Pada hari ini, satu pendakwaan telah dibuat ke atas pelawak dan pealkon Tauke Jambu. Tauke dan empat orang rakannya, didakwa atas pertuduhan memiliki barang terlarang.

Pertuduhan terhadap Tauke dan empat rakannya telah dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Kes dikatakan memiliki barang terlarang itu pada tarikh 10 April yang lepas.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri, 46 tahun ketika itu bersama empat orang rakannya iaitu Azman (28 tahun), Brandon (25 tahun), serta dua orang wanita iaitu Salimah Nasuha (29 tahun) dan Lee Kim Yoon yang berumur 44 tahun.

Mereka telah pun didakwa bersama-sama untuk memiliki barang terlarang berkenaan yang ditimbang beratnya sebanyak 0.37gram.

Kejadian terjadi di Menara Up, Jalan Puchong sekitar 2 pagi.

Tauke dan kesemua rakannya mengaku tidak bersalah di atas tuduhan yang dibacakan ke atas mereka.

Pendakwaan mengikut seksyen yang boleh memperuntukkan denda paling maksimum sebanyak RM100 ribu atau penjara dengan tempoh maksimum lima tahun atau pun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketika itu pada mula mereka dicadangkan untuk diikat jamin sebanyak RM4 ribu setiap seorang.

Namun, Tauke yang tak diwakili peguam telah merayu untuk jaminan yang lebih rendah kerana pendapatannya telah terjejas dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

Ianya turut diikuti oleh kesemua empat lagi yang dituduh.

Akhirnya, pihak mahkamah telah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin dengan jumlah RM3700 dengan seorang penjamin.

Tarikh pada 9 Jun depan telah ditetapkan untuk sebutan semula kes ini.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dari Tauke Jambu di atas berita pendakwaan ini. Kita tunggu sebarnag update dari tuan punya badan tentang perakr ayang terjadi.