Nama pelakon Hafidz Roshdi tiba-tiba dikaitkan dengan isu bermain kayu tiga.
Ramai yang membuat andaian berkenaan, setelah ada laporan menyatakan ada pelakon lelaki yang dah kantoi hantar mesej kepada wanita lain dan bermain cinta.
Malah, dari laporan itu, pelakon yang bermian kayu tiga itu dah lama tak muatnaik foto isterinya di laman media sosial.
Dek kerana itu, akhirnya Hafidz Rosdi telah bertindak memuatnaik gambar bersama isterinya setelah isu berkenaan menjadi tular.
Menerusi laporan Mstar, akhirnya Hafidz Roshdi tampil memberi kenyataan tentang hal ini.
Jelas pelakon berumur 29 tahun ini, dia pun pelik dan tak tahu dari mana datangnya khabar angin sehingga namanya terpalit sama.
“Saya memang tak tahu nak cakap apa dah, tiba-tiba isu berkenaan datang dan saya pula terkena, saya rasa tidak perlu nak cakap apa-apalah.”
“Kami suami isteri masih lagi bahagia dan jalani kehidupan macam biasa.”
Tentang lama tak upload gambar isteri sehingga isu ini timbul, kata Hafidz Roshdi dia ada sebab tersendiri mengapa berbuat sedemikian.
“Saya guna IG ni hanya untuk kejaya saya. Saya tak post gambar isteri saya sebab ianya privacy dan isteri hanya untuk tatapan saya saja.”
“Apabila saya post gambar terbaru untuk menjawab kata-kata dari orang ramai tetapi tetap ada juga yang kata yang bukan-bukan.”
“Terpulanglah mereka, saya dah tak boleh nak buat apa dah, itu saja cara saya mahu menjelaskan keadaan yang sebenar.”
Dalam pada itu, Hafidz Roshdi menyatakan, isterinya, Nurul Shuhada, juga tak terkesan dan tak ada rasa tertekan apabila diasak dengan hal seperti ini.
“Isteri saya, sekarang ni dia okay saja dan kami pun hidup macam biasa, saya juga masih berkerja seperti biasa. Tak ada pun rasa tertekan pun.”
“Dalam hal ini biarlah saya saja yang uruskan dan saya pun berpesan pada isteri biarlah dia ambil pendekatan berdiam saja.”
Itulah kenyataan dari Hafidz Roshdi setelah ada ura-ura mengatakan dialah pelakon yang bermain kayu tiga baru-baru ini.