Sophia Albarakbah, memang beauty with brain “Nak jadi doktor, ibu tak beri izin”

2,042 views

Dengan wajah cantik jelita, dan bakat berlakon semulajadi yang dimiliki, nama Sophia Barakbah kini jadi bualan ramai. Memang sesuai menjadi pelakon utama dalam sebuah drama mahu pun filem. 

Bukan saja cantik, sebenarnya Sophia Barakbah ini seorang wanita yang amat bijak dan pandai orangnya. 

Sophia Barakbah yang kini berumur 30 tahun, sebenarnya mempunyai ijazah dalam bidang sains. 

Pelakon ini merupakan graduab untuk ijazah diploma dalam bdang Bioteknologi di sebuah universiti swasta. 

Tidak berhenti takat itu, Sophia Barakbah kemudian melenjutkan pelajaran dalam bidang pemakanan pula iaitu bidang Dietetik di sebuah universiti swasta lain. 

“Saya mulanya belajar bidang bioteknologi dan kemudian, saya sambung belajar bidang dietetik pula.” 

“Selepas ada Diploma bioteknologi, masa tu saya ada buat latihan amali selama tiga bulan untuk bidang berkenaan.” 

“Tetapi, saya mula sedar memang suka belajar bidang bioteknologi tetapi tak berapa suka untuk terus kerja dalam industri bioteknologi ini.” 

“Ini disebabkan kebanyakan masa saya hanya dihabiskan dalam makmal, di lab. Agak membosankanlah hanya berada di lab.” 

Sophia berkata, dia kemudian ambil bidang dietetik, walhal impiannya sebenanrya mahu belajar bidang veterinar. 

“Sebenarnya saya mahu jadi veterinar sebab saya amat suka dengan haiwan. Tetapi, ibu saya tak beri izin.” 

“Dia tak suka haiwan sangat. Oleh itu, saya kata okay fine, tak pe lah. Ada bercita nak jadi doktor namun ibu pun tak berapa suka.” 

“Oleh itu saya pun ambil jurusan dietetik sekurang-kurangnya di dalam bidang perubatan juga.” 

Tentang kacukannya, Sophia mempunyai beberapa asal usul kerana ibu bapanya berketurnan campuran. 

“Ibu saya ialah orang Cina, manakal ayah pula Arab Melayu. Datuk saya berasal dari Yemen dan ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia.” 

“Nenek saya pula orang Melayu Malaysia dia dari Kelantan.” 

Itulah sedikit sebanyak kisah dan latar belakang Sophia Albarakbah ni, memang beauty with brain.