Janna Nick merupakan antara pelakon yang amat popular di Malaysia ketika ini. Namun dia juga tidak lari dari menerima komen yang kurnag enak dari netizen.
Antara kata-kata yang pernah dilemparkan ialah tentang keadaan fizikal Janna Nick.
Rupanya pelakon ini pernah dikatakan seornag yang gemok dan juga ada yang mengataka tentang pehanya iaitu ianya paha yang terlalu besar.
Dek kerana mulut orang, Janna Nick akui dia pernah terfikir nak buat pembedahan bariatrik atau pemotongan perut atau usus.
Pelakon yang kini berumur 27 tahun ini akui amat tersinggung denganb kata-kata yang ditujukan kepadanya itu.
Namun kini dia dah memasang azam untuk kembali jalani hidup yang sihat demi memiliki tubuh idaman.
Janna Nick muatnaik video dirinya sedang bersenam di sebuah pusat gymnasium.
“Pada hari ini, aku rasa amatsedih sebab nya selama ini aku tak pernah peduli pun bila orang cakap ini seorang yang gemok atau paha aku ni besar.”
“Namun untuk kali ini aku benar-benar terasa sampaikan aku terfikir nak potong perut. Bdohkan. Tak tak apa, aku akan buktikan yang aku ni boleh kurus.”
Janna Nick juga sempat memesan agar semua orang tidak selalu berjenaka atau mengatakn tentang bentuk badan ornag lain, ianya memang tidak baik sama sekali.
“Biar saja orang mahu sakitkan hati aku ni, yang penting aku tak sakitkan hati orang sudahlah.
“Aku harap orang yang menonton video ini akan berhenti mengata tentang bentuk badan orang lain.”
“Janganlah nak jatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri saja.”
Itulah video dari Janna Nick tentang dirinya yang menjadi bahan ejekan berkenaan bentuk badannya.
Di ruangan komen, ramai rakan artis seperti Diana Daniella, Lana Nodin, Adeline Tsen, Raf Yaacob dan ramai lagi yang memberi sokomgan dan ini termasuklah kekasih hati Janna Nick iaitu Dini Schatzmann.