Penyanyi yang dikenali dengan genre dangdut iaitu Amelina pernah muatnaik satu video dia buat rawatan untuk wajahnya di laman media sosial Instagram.
Menerusi laporan Mstar, Amelina ditanya tentang berkenaan dan menjawab bahawa dia buat atas sebab kerja.
Sebagai seorang selebriti yang perlu berhadapan dengan ramai orang, Amelina buat rawatan muka untuk nampak sedap mata memandang.
Namun begitu, Amelina memberitahu, dia pun tak galakkan sangat untuk wanita lain buat muka, jika tiada keperluan.
Amelina yang lebih mesra disapa Kak Long ini berkata dia mahu nampak elok seebab itu buat rawatan.
“Kak Long takde nak galakkan pun kepada mereka yang tak ada keperluan untuk buat rawatan muka ni.”
“Macam saya ni, kerjaya saya lebih memerlukan saya untuk kelihatan nampak bagus dan elok bukannya nak nampak cantik, tapi lebih kepada elok. Saya kena buat kulit ni nampak tegang sikit.”
“Sebagai artis ni, dia sendiri tu merupakan produk. Jadi Kak Long ni kenalah buat sebab untuk kerjaya Kak Long lah.”
“Saya sebagai selebriti kena berdepan dengan orang ramai. Jadi perlulah kena mempunyai confident diri yang tinggi untuk diri dan juga untuk kerjaya saya. Tapi itu muka kalau tenaga dalaman kita tak bolehlah nak cucukkan.”
Selain wajah dan muka, Kak Long berkata, antaar benda yang penting juga ialah tenaga, ini termasuklah jaga makan.
Itulah komen dari Amelina atau Kak Long tentang rawatan cucuk muka ni.
Dalam pada itu, ada yang berkata, Amelina ni seorang yang sombong, namun penyanyi ini akui dia merupakan seorang yang rabun, jadi kadangkala dia tak nampak jika ada oranag datang.
“Saya ni rabun, jadi kadangkala tak nampak sangat. Jadi ornag tu kena sapa saya dulu.”
Itulah komen dari Amelina tentang orang berkata dirinya tak layan peminat.