Dilabel serabut dan bingit, ramai tak suka Johan di Hot FM, ini jawapan balas Johan

8,783 views

Pelawak, pelakon dan penyampai radio iaitu Johan kini telah pun berkerja dan memulakan tugas di radio yang baru iaitu Hot FM setelah bertahun-tahun di Era FM.

Namun begitu, ada pendengar Hot FM yang mengatakan bahawa kemasukkan Johan di segmen pagi Bekpes Hot FM itu gagal untuk mendapatkan respon yang baik.

Berganding dengan dua lagi penyampai radio yang senior iaitu Fara Fauzana dan AG, ada mengatakan dan melabel Johan sebagai bingit.

Ini sekali gus membuat ramai yang tak setuju Johan sertai Fafau dan juga AG.

“Dah tak best, jadi serabut dan bingit, terus spoil Fafau dan AG.” Itu antara penulisan pendengar Hot FM.

Menjawab komen tidak baik dari sesetengah netizen, Johan tak mudah melatah. Ini jawapan dari Johan.

“Kadangkala orang yang menulis dan memberi komen ni, dia pun tak dengar station radio tu. Ketika di station radio lama saya, memang pelbagai dan macam-macam yang orang komen. Tetapi saya tetap jadi nombor satu.”

“Bagi saya, rasanya yang komen itu hanya segelintir atau secebis saja. Saya tak boleh lupa kepada orang yang menyokong, apa yang orang nak komen itu terserahlah sebab di akhirnya nanti kena tengok result.”

“Saya bingit ke saya tak bingit ke, kita tengok result tu nanti.”

Kata Johan, ketika di hari pertama dia telah menerima respon yang positif.

“So far, saya baru first day, saya dapat komen yang baik dan positif, dan saya perlu teruskan.”

“Kalau sorang komen yang tak baik, takkan saya nak terus berhenti. Saya jadikan itu sebagai cabaran dan saya akan teruskan dan akan baiki, tu saja.”

Menjawab tentang tanggapan pendengar yang mahu orang baru serta tak mahu dah pelawak jadi penyampai radio, ini pula komen Johan.

“Kalau nak fresh boleh lah tengok berita. Apa yang saya nak buat ini ialah untuk hilangkan tekanan. Kalau nak info semasa tengoklah berita.”

“Dekat saya bukannya tak ada info, ada, tetapi lebih kepada entertainment.”

Itulah komen dari Johan Raja Lawak yang kini berganding dengan Fafau dan AG di segmen pagi Hot FM.