Ajak dah tak tahan perangai Shahrol, dah bertahun tak contact “Geli dia panggil sahabat”

12,824 views

Kisah pertelingkahan antara ahli kumpulan Shiro iaitu Ajak dan juga Shahrol kini diketahui umum.

Mereka berdua dilihat berbalas komen setelah Shahrol memberi pandangan tentang isu pengunduran Fizi Ali dari Suria FM.

Kata Ajak, Shahrol dah tak perlu pun nak komen tentang tempat kerja lama dia iaitu station radio Suria FM.

“Lain sangat, Fizi Ali tinggal Suria kita rasa sedih sebab Fizi ni pekerja yang bagus, tapi bila dia tinggal Suria, semua pun rasa suka. Lain sangat, memang beza.”

Dari satu komen, Shahrol ada berkata dia mengundurkan diri dari Suria FM dulu kemudian diganti oleh Ajak, menjadi punca rezeki Ajak.

Melihat komen ini, Ajak dah tak tahan lagi dan melabel Shahrol sebagai seorang yang riak.

“Apabila dia ada komen kononnya pengunduran dia dari station radio menjadi asbab rezeki kepada saya dan family, saya rasa ayat dia tu dah macam anggap diri tu Tuhan. Ini merupakan ciri-ciri orang yang riak dah, merasakan diri dia ini terlalu berguna.”

“Pada hal, pada hari pertama saya keluar Hot FM saya dah dapat offer untuk sertai Suria. Saya cakap dengan mereka, saya tak mampu nak join Suria kerana kalau saya ganti Shahrol ianya macam tak cantik.”

Ajak memilih untuk tidak bekerja sebagai penyampai radio dulu, dari menggantikan Shahrol.

“Sebenarnya saya tak perlu pun nak fikirkan pasal masalah dia ni. Tetapi atas dasar sahabat, saya pilih menganggur, daripada ambil tempat Shahrol tu.”

“Awak tu jangan rasa ini merupakan tempat awak, awak tak sedar ke tempat ini dulu dan diduduk oleh Fara Fauzana, dan nama orang lain, selepas itu barulah saya join.”

“Saya pun ada merayu pada Suria agar tak teruskan menyaman atas masalah lama awak tu. Hakikatnya lepas satu tahun awak tinggalkan Suria, barulah saya sertai Suria.”

Ajak juga minta maaf kerana terpaksa buka cerita kerana dah tak tahan lagi. Ajak juga akui dah lama tak berhubung dengan Shahrol, terutama setelah isu dengan kes radio Era FM.

“Dulu dia yang minta saya menolak Era FM, tetapi kemudian dia yang memilih ambil dan menerimanya. Sampai bos Era masa tu kata saya ni poyo sebab tolak, walhal Shahrol yang suruh saya tolak.”

“Bila dia panggil saya sahabat depan orang ramai, saya rasa geli.”

“Hakikatnya dah bertahun dia tak telefon saya, bila kawan minta nombor saya dari dia, dia kata tak ada nombor telefon saya.”

“Maaflah saya terpaksa buka cerita ni, tapi rasanya dah tak perlu saya nak hormati orang yang dah pijak kepala saya. Yang tak pandang pun isteri saya tu saudara dia, anak-anak saya tu anak saudara dia. saya rasa cukuplah sampai disini saja.”

“Shahrol, cukuplah bagi jawapan yang pusing-pusing ni. Saya bukan budak kecil lagi. Jikalau dulu umur 25 26 tahun saya ni berdiam saja, sekarang saya dah 37 tahun saya hanya nak yenang, nasihat saya pada semua, jangan nak sanjung kaduk dah naik junjung, fikirkanlah.”

Itulah komen dari Ajak Shiro tentang perangai Shahrol Shiro.