Jejaka kacak ini buka cerita saat mula bercinta dengan Janna Nick

11,005 views

Nampaknya Janna Nick kini sah bercinta dengan seorang pelakon baru berdarah kacukan melayu-Switzerland iaitu Dini Azan Schatzmann.

Perkara ini disahkan oleh Janna Nick sendiri yang melabel lelaki berkenaan sebagai satu dalam sejuta. Janna Nick akui amat bahagia dengan Dini Azan Schatzmann. Mereka berdua dikatakan amat memahi antara satu sama lain dan Janna bersyukur bertemu dengan jejaka berkenaan.

Dalam perkembangan terbaru, Dini Azan Schatzmann mendedahkan telahpun menemukan Janna Nick dengan ibunya.

Namun pasangan ini masih belum ke fasa lebih serius seperti nak bertunan sebab hubungan cinta antara mereka masih lagi boleh dikatakan agak baru.

“Dah beberapa bulan kenal Janna dan personaliti dia dengan serius, saya takde apa masalah dan selesa untuk kongsi tentang kisah cinta kami kepada awam.

“Sehingga kini Janna Nick dah beberapa kali jumpa ibu saya tapi masih belum jumpa dengan ayah lagi. Insyallah, satu hari nanti.

“Tentang rancangan untuk tunang itu, mungkin masih agak awal untuk kami kongsikan. Tetapi kalau ada berita baik Insyallah, kami kongsi”

Dini Azan Schatzmann memberitahu sikap Janna yang seorang pelembut dan penyayang membuatkan dia jatuh cinta dengan Janna.

Janna juga seorang yang bertanggungjawab terutama kepada keluarganya dan ini membuatkan dia kagum dengan wanita itu.

Ini pendedahan Dini Azan Schatzmann bila pertama kali jumpa Janna Nick.

“First time sy jumpa Janna pada bulan Julai tahun lalu. Ketika itu kami sedang jalani penggambaran untuk drama Bukan Cinta Aku. Honestly, masa itulah sebenarnya saya dah tertarik dengan karakter, personaliti dan cara Janna Nick bekerja.

“Janna memang amat byk bantu sy dgn skrip serta lakonan. Lepas habis set untuk drama Bukan Cinta Aku, Janna Nick ada contact saya dan meminta tolong saya untuk bantu serta ajar dia exercise. Waktu itu saya jadilah coach untuk latih dia. Semenjak dari waktu itu, mulalah kami saling kenali satu sama lain dengan lebih rapat.

“Apa peminat lihat, sebenarnya personaliti Janna Nick teramat berbeza dengan diri dia yang sebenar. Janna yang saya kenal adalah seorang yg caring, lembut dan baik. Itu yang buatkan saya rasa selesa setiap kali bersamanya.

“Paling saya admire ialah cara kerja dia yang amat focus. Sy tidak pernah lagi berjumpa seseorang yang begitu komited dengan kerja. Saya hormat cara dia jaga family nya. Pada usia yang begitu muda, dia telah pikul tanggungjawab yang besar”.

Kisah percintaan antara mereka mula diceritakan oleh Janna secara terbuka tetapi Janna tidak mahu bercerita lebih lanjut kerana mahu focus pada kerjaya berbanding kisah cinta.