Pakai kopiah tapi takde adab, terus Tiz Zaqyah naik angin

7,899 views

Kalau kita dah duduk rumah yang ada jiran, sudah tentu menjadi kemestian untuk menjaga hubungan antara jiran. Ianya amat penting kerana kita memang nak kena hadap muka jiran selalu.

Dah memang jadi adat kalau dah berjiran kenalah hormati sesama sendiri dan paling penting kena faham perangai serta kena bertolak ansur untuk sentiasa tenang dan harmoni, takdelah bermasam muka kerana salah faham.

Namun, episod selisih faham dengan jiran memang selalu terjadi antara masyarakat kita, maklumlah memang sudah nak fahami orang lain apatah lagi yang jenis langgar dan hanya suka pentingkan diri sendiri sahaja.

Ini lah yang terjadi kepada pelakon popular tanah air iaitu Tiz Zaqyah. Baru-baru ini, Tiz Zaqyah ada membuat luahan hati menerusi Insta Stories. Ternyata pelakon drama Nur Kasih ini agak panas hati, terkilan dengan perangai salah seroang jirannya.

Bagi Tiz, perangai jirannya itu dilabelkan sebagai seorang yang begitu seombong serta agak pentingkan diri.

Jelas Tiz Zaqyah lagi, sebenarnya dia baru saja pindah ke rumah itu. Namun ketika dia baru nak pindah masuk ke rumah barunya, ada satu isu yang membuatnya naik angina.

Ketika proses perpindahan dengan nak pindah masuk dan angkat barang telah menemui kesukaran apabila kereta jiran nya telah selamba park di depan rumahnya sampai halang laluan mereka sekaligus susah nak bekerja pindah barang.

Malah, yang membuatkan jirannya nampak sebagai seorang individu yang agak teruk apabila bapa Tiz Zaqyah telah pergi menyapa dan tegur jiran berkenaan, individu itu telah memebri respon pertanyaannya dengan cara yang bagi Tiz amat angkuh.

Ini pendedahan dari Tiz Zaqyah: “Ada jiran ini dia park kereta Mercedes dia depan ruamh kita. Masa tengah pindah tu, dia langsung tak alih kan keretanya. Tipulah tak Nampak lori 3 tan yang besar tu. Susah nak masuk sebab lori dia ambil space, susah sebab takde space nak parking, nak angkut barang kot. Agak biadap. Sampai hari ini masih park depan rumah. Ayah dah tegur hari tu, dia jawab “you ada berapa kereta”. Ayah balas “kita ni orang miskin”. Dan jiran tu terus walk off. Dia ni ulang alik pergi masjid, pakai kopiah tapi kesian adab takde, angkuh

Itulah pendedahan dari Tiz Zaqyah tentang jirannya. Janganlah macam tu ye, tak elok susahkan orang lain.