Tak laku dipasaran, banglo Sajat dilelong, discount RM2juta, juga dibuka untuk sewa

1,649 views

Ahli perniagaan, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzaman kini berada di negara kangaroo, Australia. 

Jauh di perantauan di negara orang, Sajat ada cuba meletakkan banglo mewah miliknya sebagai aset untuk dilepaskan dengan harga yang diletak ialah sebanyak RM9.5juta. 

Banglo mewah Sajat ini mula dibuka kepada pembeli pada bulan Februari tahun 2022. 

Namun begitu banglo Sajat yang terletak di kawasan Kota Damansara ini masih belum lagi ada pembeli yang baru setelah hampir 9 bulan di pasaran. 

Dek kerana itu, Sajat telah membuat satu keputusan untuk menurunkan hara banglo berkenaan. 

Dari satu entry baru mliknya, Sajat telah memberi satu penurunan harga yang amat mendadak iaitu sebanyak RM2juta. 

Makanya kini rumah berkenaan diletakkan di pasaran dengan harga baru iaitu sebanyak RM7 juta saja. Ianya kini untuk dilelong dengan harga baru yang jauh lebih murah. 

Dengan harga baru dengan discount harga yang sebanyak RM2juta itu, Sajat mengalu alukan para pembeli yang berminat untuk menhubungi wakil penjual banglo tersebut. 

Sajat juga ada menyatakan beberapa lagi info tentang rumah tersebut selain boleh juga hubungi untuk berbincang atau nak runding lebih lanjut. 

Selain itu, Sajat juga menyatakan bahawa rumah itu turut kini dibuka untuk disewa kepada mereka yang berminat.  

Dari satu laporan, harga untuk sewa di banglo Sajat itu berharga lebih kurang RM20ribu selama satu bulan. 

Ini paparan dari Sajat tentang update penjualan rumah banglo miliknya. 

Untuk info semua, banglo Sajat ini telah dibeli dari rakan baiknya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dengan harga RM7.5juta pada tahun 2017, setelah Aliff Syukri berpindah ke rumah agam yang lebih besar dan indah yang didudukinya ketika ini.