Doakan Mamat Khalid, dikejarkan ke hospital

13,326 views

Namanya disegani dan dihormati ramai sebagai salah seorang pengarah, penerbit filem di Malaysia, beliau yang dimaksudkan ialah Mamat Khalid. Dalam perkembangan terkini tentang pengarah ini, Mamat Khalid telah dikejarkan ke satu pusat perubatan di Ipoh, Perak. Ini selepas Mamat Khalid telah alami kesesakan nafas dan hasil laporan dikatakan ianya berpunca dari ada lebihan air dalam badannya.

Dari satu laporan oleh Berita Harian, anak nombor empat kepada Mamat Khalid iaitu Mohd Khalid Amen, ayahnya telah meminta untuk dibawa ke hospital selepas dia mengadu sukar untuk bernafas pada pagi Ahad.

Ini komen anak Mamat Khalid itu: “Sebelum sy berangkat ke Bangkok utk siapkan suntingan akhir filem Rock 4, keadaan ayah (Mamat Khalid) baik saja. Cumanya ayah dilihat agak penat sebab dah beberapa malam susah nak lelap mata.

“Pagi tadi saya diberitahu bahawa ayah minta sepupu hantarnya ke hospital. Namun, keadaannya stabil dan tekanan darah juga normal”

Tambah Amen, keadaan ayahnya itu kini dah semakin baik apatah lagi setelah pegawai perubatan beri ubat tidur untuk memboleh Mamat Khalid berehat.

Ini komennya lagi: “Buat masa ini dia ditidurkan (untuk rehat) kejap, manakala proses buang lebihan air dalam badan juga sedang berjalan dengan lancar.

“Pihak doktor ada beritahu, masalah seperti itu memang biasa berlaku, terutama bagi mereka yang ada hidap saakit jantung.

“(Dari gambar) wayar yg tonjol itu sebenarnya alat uji tekanan darah (blood pressure). Dia juga bukan komaa, sebaliknya ditidurkan suapya dia dapat rehat secukupnya”.

Mamat Khalid yang kini dah berumur 56 tahun, sebelum ini dilaporkan koma lebih dua minggu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, akibat masalah yang similar.

Sama-sama kita doakan Mamat Khalid kembali sembuh seperti sediakala.