Patutnya Amar Asyraf kena jumpa saya, respon Ashraf Muslim

3,760 views

Kisah yang melanda perkahwinan Amar Asyraf memang sedang jadi buah mulut para netizen di luar sana yang rata-rata terkejut dan tak sangka bahawa pelakon itu dah ada dua orang isteri serta mempunyai hubungan dengan wanita lain sebagai kekasih.

Isu yang hangat ini turut mendapat rekasi dari pelakon Ashraf Muslim yang memang ramai dah tahu telah berkahwin dua.

Ashraf Muslim memberi pendapat bahawa memang hak Amar Asyraf untuk rahsiakan perkahwinan keduanya dan ianya bukanlah satu kesalahan. Tetapi, sebagai seorang yang bergelar selebriti dan dikenali ramai, Amar Asyrat sepatutnya hebahkan hal itu supaya tiada fitnnah dan cakap belakang yang melandanya.

Jelas Ashraf Muslim, sebenarnya lelaki memang ada hak untuk kahwin lebih dari satu kalau dia mampu untuk ber tanggungjawab.

Ini komen Ashraf Muslim: “Sepatutnya Amar Asyraf jumpa saya, mungkin saya boleh bagi nasihat. Bagi saya tidak ada salah mahu rahsia perkahwinan kedua tapi dia kena ingat sebagai seorang selebriti, ramai di luar sana yg nak tahu tentang kisah keluarga selebriti.

“Oleh itu, kalau boleh kita sampaikan kepada orang ramai agar tak ada berlakunya fittnah. Mahu kawin berapa pun tidak ada problem, tapi kena buat dengan cara yg betul.

“Berpoligami ini tidak salah jika lelaki itu mampu dari segi jaga isteri- isteri, anak-anak dan pandai uruskan rumahtangga. Yang terpenting, lelaki itu mampu galas amanah yang Allah berikan.

“Kalau rasa tidak mampu, jangan buat. Mampu ini banyak maksud antaranya masa, wang ringgit, kasih sayang dan lain-lain”

Ashraf Muslim sebelum ini jadi fenomena apabila telah kahwin dengan dua. Perkahwinan pertama dengan seorang doktor perubatan bernama Dr Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011. Perkahwinan kedua Ashraf pula dengan Wan Sakinah pada tarikh 7 Julai 2013.

Hasil perkahwinan dengan kedua-dua isterinya itu, Ashraf Muslim dikurniakan empat orang anak. Mereka kini bahagia dan sering bersama-sama dalam satu majlis.