“Doktor kata suami mungkin transfer ke ICU” Stage 4, keadaan terkini suami Eina Azman

12,782 views

Pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suami diketahui sedang melalui dugaan apabila disahkan terkena jangkitan Covid ketika hari anniversary mereka. Sepatutnya mereka akan menyambut ulang tahun perkahwinan, namun akhirnya mereka berdua dimasukkan ke hospital.

Eina Azman dalam keadaan yang baik, namun berbeza dengan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet yang agak kurang baik.

Kadar oksigen yang ditunjukkan oleh Datuk Kaiser dikatakan tidak berapa baik bacaannya dan turun naik.

Semalam, dalam perkembangan terbaru, Eina Azman ada memberitahu bahawa suaminya Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah mungkin akan dipindahkan ke unit lCU dalam beberapa hari lagi. Kenyataan ini dibuat seperti yang dilaporkan oleh portal Hlive.

Pihak doctor ada inform suami saya mungkin akan dimasukkan ke ICU dalam lebih kurang dua hari ini. Saya memang takut kerana apa-apa pun boleh terjadi di situ.

Selain itu, Eina Azman telah meminta orang ramai untuk berdoa untuk kesihatan suaminya agar kembali sihat seperti sedia kala.

Salam kepada semua, saya minta sekiranya dapatlah semua dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Kaiser Gurmeet Abdullah agar kembali sihat.

Sementara itu, dikatakan suami Eina Azman munkin sudah berapa di stage empat kerana Eina Azman ada bertanya kepada orang ramai yang pernah lalui stage empat covid, bagaimana tip untuk mengatasinya.

Siapa bekas pesakit stage 4, siapa yang tau bagaimana nak increase level of oxygen, boleh konsikan kepada saya.” Itulah pertanyaan Eina Azman di laman media sosial.  

Ketika ini sudah beberapa kali majlis bacaan Yassin diadakan oleh rakan-rakan Eina Azman untuk mendoakan keadaan suaminya itu.

Beberapa hari yang lalu, Eina Azman dan suami telah disahkan mereka positif covid dan dimasukkan ke hospital. Selain itu, dua orang pembantu rumahnya turut terkena jangkitan yang sama.

Dua orang anak Eina Azman, iaitu pasangan kembar Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia 5 tahun disahkan terselamat dari terkena jangkitan berkenaan.