Rindu seorang ayah, Shuib tunjuk bapa mertuanya termenung jauh sendirian

18,083 views

Ibu bapa mana yang mahu melihat di depan mata sendiri kehilangan anak, pergi buat selamanya. Kebanyakkan orang, tentunya sebagai ibu bapa, kita tak mahu melihat anak sendiri meninggalkan kita terlebih dulu.

Itulah juga yang dirasai oleh Raisuddin, bapa kepada arwah Siti Sarah. Namun semuanya sudah tertulis, dan ketentuan Illahi, kenalah terima qada dan juga qadar.

Pagi tadi, di hari Jumaat yang hening, Shuib Sepahtu telah upload satu video pendek menunjukkan video bapa mertuanya itu seakan merindui anak tersayang, arwah Siti Sarah.

Rindu sebagai seorang ayah.” Itulah yang ditulis oleh Shuib di video tersebut.

Dari video yang dirakam Shuib itu, Raissuddin Hamzah sedang duduk berseorangan di ruang balkoni, sambil termenung di luar. Memang jauh termenungnya itu.

Malahan yang lebih membuatkan ramai terasa sayu ialah telah berkumandang lagu nyanyian arwah Siti Sarah di background nya. Lagu tersebut ialah lagu Kesetiaan.

Dapat dilihat di atas meja, Raisuddin telah membuka lagu berkenaan melalui telefon bimbitnya.

Lagu Kesetiaan antara lagu yang menaikkan nama Siti Sarah di industry hiburan tanah air, ianya lagu hit dari album pertamanya pada tahun 2002 iaitu album yang diberi nama “Sarah”.

Sebagai bapa yang juga pernah ceburi bidang nyanyian, Raisuddin banyak membantu anaknya itu mengharungi selok belok dunia hiburan.

Selain video Raisuddin itu, Shuib juga ada muatnaik video dua orang anaknya iaitu Uwais dan Talita yang sedang tidur bersama, sambil berpelukkan.

Shuib juga telah muatnaik satu video menunjukkan amalan minuman berkhasiat iaitu campuran lemon, madu kelulut dan juga propolis yang diamalkan olehnya sejak dijangkiti virus covid. Ianya untuk membantu menguatkan lagi tahap imun dan juga kesihatan badan.