“Dulu kekwat kata no thanks, nope, sekarang masuk pula” Netizen perli Adibah Noor

4,162 views

Rancangan hiburan yang boleh dikatakan paling popular ketika ini ialah program Gegar Vaganza. Tahun ini, Gegar Vaganza untuk musim kelapan (GV8) telah disahkan akan bermula pada 21 November ini.

Antara nama besar yang masuk Gegar Vaganza musim ke lapan ini ialah bekas Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) iaitu Adibah Noor.

Belum pun bermula, pengumuman penyertaan Adibah Noor kali ini menerima komen yang kurang enak dari sesetengah netizen.

Para netizen telah memerli penyanyi ini kerana kenyataan lama yang pernah dikeluarkan oleh Adibah Noor berkaitan Gegar Vaganza.

Ada beberapa netizen yang mengungkit bahawa Adibah Noor pernah beberapa kali menulis komen yang mana ianya seakan menjelaskan Abidah tak mahu masuk rancangan berkenaan.

Antara komen Adibah dibuat pada tahun 2018, yang mana ada peminat tanya, jika pihak produksi Gegar Vaganza jemput Adibah Noor, adakah dia akan sertai. Ketika itu dengan tegas, Adibah menulis satu perkataan saja iaitu nope.

Malahan Adibah Noor juga pernah berkata rancangan berkenaan banyak sangat drama. Ini komennya.

Menjawab komen serta perlian dari netizen, Adibah Noor akhirnya memberi kenyataan tentang isu ini. Katanya manusia memang berubah hati dan termasuklah dirinya.

“Tak mengapa, manusia ini sering bertukar fikiran setiap masa. Saya pun sama. Apapun saya masuk sebab peminat saya, kalau bukan peminat tak mengapalah.”

Apapun, Adibah Noor sememangnya antara peserta yang paling dinanti kemunculan di pentas ini, malah memang ramai yang berkata, kalau di atas kertas, nama Adibah Noor sudah tentu boleh masuk final dan antara calon juara.

Selain Adibah Noor, antara peserta Gegar Vaganza musim ke lapan ini ialah Datuk Fazley Yaacob, Suki, Nikki, Aweera, Alif Aziz, Azan Scan, Apek dan Yassin, Nico, Upil, Ani Mayunia, Shidee dan Bandi.