Pelakon Emelda Rosemila amat berdedikasi untuk membawa satu watak dalam filem terbarunya berjudul Abnormal.
Emelda telah membotakkan rambut untuk membawa satu watak dalam filem aksi lasak berkenaan.
Dikatakan pelakon yang sudah masuk 41 tahun ini, sendiri yang memberi cadangan kepada pengarah, untuk dia tampil dengan imej tersebut demi menghidup kan lagi watak tersebut.
“Saya dah 20 tahun dalam dunia seni lakonan dan ini membuatkan saya suka cabar diri, nak teroka, tambah baik serta saya nak ada kenangan dalam setiap penerbitan yang saya buat.”
“Dah tentu saya mahu upgrade dari watak yang saya dah selalu bawa. Dalam filem Abnormal ni, saya puas sebab dapat lihat hasil pembentukan watak bernama Speed.”
Jelas Emelda Rosemila, suaminya iaitu pengarah dan pelakon Adlin Aman Ramli truut meberi sokongan kepadanya untuk tampil dengan imej tersebut.
“Saya sebelum ini memang biasa dengan rambut pendek, oleh itu kenapa tidak saya tampilkan saja gaya seperti imej botak.”
“Suami pun memang beri sokongan selain dia siap cakap selepas ini tak payah lagi nak rambut panjang dah.”
Itulah kenyataan dari Emelda tentang imej terbarunya untuk filem berjudul Abnormal yang merupakan filem terbitan pertama Remy Ishak.
Imej botak Emelda Rosemila itu mula jadi tumpuan pihak media ketika Emelda dan Adlin hadir di satu press coference untuk tayangan drama Dukun Diva.
Dalam drama bersiri 8 episode itu, Emelda Rosemilia turut bergandingan dengan suaminya Adlin Aman Ramli.
“Ini merupakan kali ketiga kami suami isteri bergandingan dalam satu produksi yang besar. Memang best dan paling seronok, kami ada banyak babak bersama berdua.”
“Kami juga ada babak menyanyi dan menari, dan kami sama-sama kembangkan watak masing-masing selain berlatih menyanyi, menari dan rap kat rumah.”