Netizen sampai mengucap panjang tengok baju Nora Danish pergi hiking

6,610 views

Sekarang ni semua pun dah kembali menjalani rutin harian seperti sedia kala. Maksudnya tiada lagi perintah kawalan pergerakkan. Maka aktiviti bersukan termasuk mendaki juga telah diberi kebanaran dengan syarat kenalah patuh sebarang SOP yang ditetapkan.

Kepada penggemar aktiviti lasak dan aktiviti fizikal, sudah tentu tak melepaskan peluang untuk pergi mendaki atau hiking.

Antara yang turut menjalankan aktiviti hiking ialah pelakon terkenal Malaysia, Nora Danish.

Pagi tadi, pelakon yang terkenal dengan drama komedi Puteri ini ada muatnaik gambar dia dan adik beradiknya pergi mendaki.

Lokasi yang dipilih ialah Bukit Dinding Hiking Trail yang terletak di ibu kota. Kepada yang dah pernah jejak ke tempat ini, memang best pengalaman ke sini.

Nora mengatakan ini pertama kali dia hadir ke Bukit Dinding Hiking Trail, dan semestinya ini bukan kali yang terakhir.

Ini tulis Nora Danis: “My first, definitely not my last. Ke manakah selepas ini.

Namun bukan itu yang menjadi perhatian para netizen. Yang menjadi buah mulut dan topic ialah cara pemakaian Nora Danish.

Isteri kepada Nedim Nazri ini mengenakan pakaian berwarna coklat yang agak ketat. Ramai beranggapan baru berkenaan kurang sesuai. Ini antara pendapat terhadap baju Nora Danish.

Ini komen dari Norizanabdulhamid: “Berpada-padalah bila berpakaian, bukan ada iri, sekadar satu ingatan sesama muslim. Semaga akan diberi hidayah dan akan terima pengakhiran hidup yang baik.

Ada juga menegur pakaian itu juga boleh menggangu pernafasan ketika melakukan aktiviti lasak seperti mendaki.

Bebe Beatriceharry menulis: “Baju awak boleh menyebabkan pernafasan ketika sedang hiking. Nanti boleh semput la dear. Pakai lah baju yang sesuai. Lepas tu jika jatuh pengsan, nanti pihak rescue pula tak nampak, kerana warnanya sebab serupa tanah.

Ini beberapa komen dari netizen tentang baju Nora Danish ini.

Apapun, ada sebab Nora Danish memakai baju berkenaan. Mungkin baju itu sebenarnya selesa buatnya.